Pagi yang ceria. Baru hari ini Mia nak update tentang bahan bacaan Sofea. Alhamdulillah... masuk ni dah novel ketiga Sofea baca dari koleksi Ana Muslim iaitu Diet Diva. Baca sedikit demi sedikit sebelum nak tidur atau ketika di masa lapang.

Jom tengok...


Beli pada hujung tahun lepas.. masa itu sedang cuti persekolahan akhir tahun. Sofea sendiri yang pilih novel tajuk ini di kedai buku.


Harganya RM12.90. Sangat berpatutan. Dah Sofea minat koleksi Ana Muslim, Adik Mia belikan untuk dia.


Setakat malam tadi, Sofea dah baca sehingga ke halaman yang ke 100. Alhamdulillah...


Sebelum ini, Mia ada cerita kat blog tentang novel pertama Sofea di SINI dan novel yang kedua di SINI.


** membaca jambatan ilmu...