Karnival Sains Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Johor 2019

Karnival Sains Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Johor 2019 | Bertemakan “Sains Untuk Kesejahteraan”, MSN Peringkat Johor tahun ini terdiri daripada pelbagai aktiviti berkaitan sains seperti Pocket Talk yang menampilkan penyampai jemputan, aktiviti hands-on seperti simulasi penerbangan dan realiti terimbuh, serta pameran tentang aplikasi sains yang terdiri daripada pelbagai pempamer dan penganjur.

MSN Peringkat Negeri Johor merupakan salah satu program jangkauan luar peringkat kebangsaan anjuran MESTECC untuk membudayakan sains dengan cara yang menarik dan interaktif. Agensi yang dilantik oleh MESTECC bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan program ini, dibantu oleh institusi pengajian tinggi, NGO, badan profesional STI, serta organisasi swasta.


Karnival Sains
Minggu Sains Negara (MSN) 
Peringkat Johor 2019

Tarikh :
3 & 4 Ogos 2019 (Sabtu & Ahad)

Masa :
8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat :
Dewan Orang Ramai Parit Raja
Jalan Sekolah
 83200 Parit Raja, Johor



Majlis Perasmian

Tarikh :
4 Ogos 2019 (Ahad)

Masa :
10.00 pagi

Perasmi :
YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi



Semua dijemput hadir. Marilah datang beramai-ramai.


Post a Comment

0 Comments