image Kisah Inspirasi ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’ - Mia Liana

Tuesday, 13 August 2019

# Community

Kisah Inspirasi ‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’

Mia ingin paparkan sebuah kisah inspirasi yang boleh membangkitkan semangat kaum wanita di luar sana. Kagum dan bangga dengan pencapaian Puan Jue, Pengasas Seri Lady.

Jom kita baca....



Puan Jue atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Jue’ 39 tahun. Aku membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup ummi dalam mencari rezeki membesarkan kami adik-beradik..

Dalam keadaan membesar ini lah aku banyak belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana tidak ingin ummi aku susah selamanya kerana membesarkan kami…

Ummi membesarkan kami dengan berniaga kantin kilang.. Dari zaman sekolah aku dah mula bekerja part time untuk bantu ummi dan adik beradik.


Wanita ini nekad untuk membahagiakan Ibunya, setelah melihat keperihan ibunda nya, Puan Sharifah Rauzah, 68.



Sangat menjadikan ibunya idola dan inspirasi sepanjang kehidupan dan perniagaannya, Puan Jue meletakan segalanya adalah ibunya di hadapan..

Pada tahun 2017 nekad untuk menghasilkan produk ‘Seri Lady

Bermula hanya kerana kebengangan mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, dan terus menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.



Berkat kesabaran dan tidak melupakan sumber inspirasi ibunya, terus menjalankan peniagaan Seri Lady sehingga kini, malah telah mempunyai seramai 70 agen jualan yang berkualiti serata Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.



Sebahagian agen jualan yang sentiasa menjadi tulang belakang Seri Lady

Malah agen jualan juga menjadikan ‘Puan Jue’ sebagai sumber inspirasi kerana sifat rendah diri dan ketabahan menaikan perniagaannya..





Buat pesanan bersama tidak kira kita berkerja, lebih lagi pada yang menjalankan perniagaan sendiri, kalau masih ada ibu, jadikanlah ibu kita sumber inspirasi kita, kerana mereka adalah pelajaran yang sangat mahal untuk kita jadikan sumber inspirasi. ‘anak derhaka jangan ada hati nak jadi kaya’

Hargai ibu yang masih ada,  💖

Menghadiahkan pakej umrah ramadhan 2019 buat ibunya.

Salah seorang anak didik Azizan Osman (Titanium) bersama 2 rakan kongsi Cik Nazira Shariff dan Ain Hamid.

Keluarga besar, Puan Jue adalah anak ke 2 dari 4 beradik.


Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY



2 comments: