December 2012

Monday, December 31, 2012

Hadiah Pendrive 4GB Telah Diposkan Kepada Blogger Joel Leslie



Sebelum ini Mia ada beritahu dalam entri Mia Sponsor Eca Year End Giveaway & Contest, yang Mia adalah sponsor untuk Contest di blog Eca.

Minggu lepas, Eca telah pun berikan butiran maklumat pemenang iaitu Joel Leslie untuk menerima hadiah Pendrive 4GB daripada Mia. Tahniah diucapkan..

Baru tengahari tadi Mia sempat poskan kepada Joel yang berada di Miri, Sarawak.




Tentu tidak sabar nak dapat hadiah ini kan? Selamat berblogging dan Selamat Tahun Baru ya Joel.....

p/s : leganya hati bila dah poskan...
Read more / Baca Lagi >>>

Kemaskini Bloglist



Kemaskini Bloglist

Rasaya dah tiba masanya Mia ingin kemaskini bloglist Mia ni. Ada blog yang akan dikekalkan dan ada juga yang akan dikeluarkan. Mia juga akan memasukkan senarai blog baru dalam beberapa hari ini.

Sebenarnya Mia lebih suka pada blog yang rajin update. Meriah sedikit bloglist ni nanti. Tengoklah nanti blog mana yang akan duduk dalam bloglist Mia ya... 

p/s : hari ini hari terakhir dalam tahun 2012....sekejapnya masa berlalu...
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, December 30, 2012

Review Pemenang #9 : Farah


Review Pemenang #9 : Farah

Pemenang Segmen Follow dan Blogwalking seterusnya ialah Farah. Mesti macam pelik kan? Macam mana Mia boleh terpaut dengan entri Farah di SINI.


SMILE...SMILE...SMILE...
Blog Kak Mia adalah salah satu blog wajib lawat kawasan bagi saya sebab saya suka dengan semua hup-date2 dari Kak Mia... Seronok jer nak baca dan saya boleh belajar something dari entry-entry Kak Mia... Pendek kata blog Kak Mia memang meletups la...Lagipown Kak Mia nih memang friendly orangnya... ^_^ Seyes... Ikhlas dari hati tau!
Entrinya ringkas tetapi jawapan yang diberikan jujur dan ikhlas dari hati. Lagipun followernya pada masa itu tidak banyak. Personaliti, kerajinan dan usaha Farah yang membuatkan Mia suka...
p/s: jom terjah....
Read more / Baca Lagi >>>

SWM Environment - Pemberian Tong Sampah Beroda Percuma



SWM Environment - Pemberian Tong Sampah Beroda Percuma


Semalam dalam jam 12.30 tengahari kami sampai di perkarangan Masjid Al-Hidayah untuk mengambil tong sampah beroda percuma sempena Program Pengedaran Tong Sampah Beroda Percuma oleh SWM Environment.  Punyalah tidak sabar, sebab pagi-pagi lagi jiran-jiran sebelah rumah sudah pergi ambil tong sampah ini.

Ramai juga yang datang. Tunggu hampir setengah jam baru dapat. Kalau datang pagi-pagi, tentu sesak. Ni kiranya dah kuranglah sedikit.

Yang penting segala dokumen yang diperlukan telah siap disediakan di rumah, dan borang-borang hendaklah diisi terlebih dahulu. Setiap tong sampah yang diberikan ada nombor siri tertentu yang sama dengan borang permohonan. Jadi tidak perlu risau... Mana tahu kot-kot tertukar dengan jiran ke..






Hmmm... nasib baik boleh muat nak letak kat tempat duduk belakang kereta. Leganya.. 

p/s: sukanya dapat tong sampah beroda percuma ini. Terima kasih ya SWM..
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, December 29, 2012

Domometer - Kira Skor Nama Blog



Pagi tadi Mia rajin pula nak bertandang ke blog Cik Laili, dan terbaca kisah Skor Nama Blog Anda. Menariknya sebab baru kali pertama terjumpa laman web yang boleh mengira skor nama blog kita, iaitu Domometer.

klik pada gambar untuk besarkan

Wahhhh.. sukanya bila tengok keputusan ini. Mia dapat skor A+. Maksudnya memang sesuai benarlah guna nama mialiana.com. Senang nak ingat, senang nak taip dan tak panjang. Pilihan yang tepat.

p/s : cubalah kira ya... klik SINI.
Read more / Baca Lagi >>>

Trafik Mialiana.com Pada 27 Disember 2012


Trafik Mialiana.com Pada 27 Disember 2012

Syukur alhamdulillah,bila Mia tengok laporan daripada Google Analytics pada 27 Disember 2012, seramai 1,060 pengunjung datang ke blog ini dengan pecahan berikut :

Search Traffic - 419 visits
Referral Traffic - 479 visits
Direct Traffic - 71 visits
Campaigns - 91 visits

Referral Traffic melebihi Search Traffic ini berikutan Giveaway yang Mia buat pada hari sebelumnya (walaupun masih sedikit penyertaannya), dari bloglist rakan blogger dan juga daripada aktiviti blogwalking.

Bagi blogger personal macam Mia ni, tentulah suka sebab bukan selalu boleh dapat trafik lebih 1000 pengunjung dalam masa satu hari, ini adalah kali kedua. Kali pertama ialah pada 8 Mac 2012

p/s : terima kasih kepada semua pengunjung blog ini...  (^_^)
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, December 28, 2012

Jom Join Holiday Giveaway by Rochelle




Agak lambat sedikit Mia nak promote Giveaway Rochelle ini. Mia adalah salah seorang sponsor untuk Giveaway ini iaitu review blog. Giveaway ini akan tutup pada 31 Disember 2012. Jom join beramai-ramai dan meriahkan GA ini. Cepat.. masih ada masa lagi ni.


Syarat penyertaan Holiday Giveaway by Rochelle
- Berwarganegara Malaysia sahaja
- Terbuka kepada perempuan dan lelaki
- Buang entri bertajuk "Holiday Giveaway by Rochelle"
- Follow blog Rochelle dan like fanpage Rochelle's Blog
- Copy banner Giveaway dah tepekkan dalam entri korang dan backlink kan ke entri ni
- Tag 2 orang rakan bloggers dan pastikan mereka tau
- Sila follow dan like fanpage sponsor *Wajib*
- Tinggalkan link entri di kotak komen *bukan link blog sahaja
- Bagi yang ada Facebook sila join group ni - Blogger Malaya *Arahan sponsor
-Di hujung entri letak tagline
Giveaway ni dianjurkan oleh Rochelle dan dimeriahkan oleh Azzah,YummyCokletPink BubbleGum Princess,kak Mia Liana,Odah One Bizz,Ridoma dan Cik Buaya selaku sponsor untuk Giveaway kali ini.

Hadiah-hadiah Holiday Giveaway by Rochelle
Doodle X 1 , Topup RM10 X 2 , Baju X 2 , Review blog X 3 , Kerongsang X 1 , Voucher RM10 X 3 ,Topup RM10 X 2, Cokelat Ridoma X 1 ,  Bloglist X 30 , Review blog X 3 .

p/s: jangan malu untuk support GA blogger lain...
Read more / Baca Lagi >>>

Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih



Kelebihan Background Blog Yang Berwarna Putih

Tiba-tiba Mia rasa macam nak berkongsi pandangan Mia tentang pemilihan background blog Mia ini yang berwarna putih. Ada kelebihannya. Mia kongsikan ulasan lebih lanjut tentang bicara HH berkenaan Warna Putih Lebih Baik Untuk SEO.

Mula-mula masa berblogging dulu Mia memang suka tukar-tukar background blog ini. Macam-macam background telah ditukarnya. Pada masa itu, trafik blog ini belum mantap, dan Search Traffic (trafik enjin carian) tidaklah banyak sangat. Aktiviti blogwalking sahaja yang mampu menaikkan trafik blog ini tatkala itu.

Mia cuba belajar daripada blogger-blogger otai yang pro dan juga hasil ilmu yang dipelajari dalam subjek-subjek teknologi maklumat masa belajar di OUM, Mia dapat simpulkan yang warna putih adalah yang paling sesuai sebagai background blog. Kerana ianya adalah warna yang paling asas.

Sekarang trafik utama blog ini adalah daripada Search Traffic. Penukaran kepada warna putih bermula dari background template yang ke 23 pada Jun 2012. Background blog sekarang ialah background template yang ke 25.

Warna putih adalah paling natural dan nampak ringkas dan juga blog akan menjadi ringan. Harus disesuaikan dan  dipadankan dengan mana-mana warna yang lain asalkan ianya tidak keterlaluan. Kita kena pandai gayakannya supaya blog kita nampak menarik.

Apa-apa pun ini hanyalah satu pandangan dan ianya juga bergantung kepada identiti blog itu sendiri. Kalau blog fotografi mungkin lebih sesuai menggunakan background hitam atau pun warna-warna gelap.

Selalunya blog-blog yang memilih warna putih untuk background adalah blog SEO. Blog personal pun boleh juga supaya senang nak baca entri-entri dalam blog. Pengunjung suka, kita pun happy kan...

p/s: warna juga memainkan peranan penting untuk background blog..
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pemenang #8 : Azwar Syuhada



Review Pemenang #8 : Azwar Syuhada

Mula-mula Mia nak ucapkan takziah kepada Azwar sebab telah tidak sengaja terdelete blognya baru-baru ini. Sayangnya, blog itu dah banyak sangat entri dan followernya. Sedihnya, belum sempat Mia review entrinya lagi.

Tapi untuk tidak menghampakan Mia, Azwar telah rela hati membuat entri semula di blog barunya walaupun tidaklah sama macam entri asal. Mia terima juga entri ini. Terima kasih ya Azwar sudi berikan kerjasama.

Jom kita tengok apa kata Azwar dalam entri INI...

Nyatakan apa yang anda suka dalam blog Kak Mia ??
Azwar suka blog kak Mialiana kerana beliau  merupakan seorang wanita yang bertanggunggjawab sebagai anak kepada sepasang ibubapa , sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki , sebagai seorang ibu kepada anak-anak , dan juga sebagai seorang pelajar terhadap pelajaran dan kerjayanya . Kak Mia juga seorang wanita yang mempunyai attitude yang baik malah beliau juga pernah tercalon dalam beberapa anugerah . Antaranya , Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award , for the 13th Convocation of Open University Malaysia , dicalonkan anugerah pelajar terbaik , Anugerah Canselor for the 13th convocation of Open University Malaysia , Anugerah Perkhidmatan Cemerlang , dan beliau juga turut tersenarai dalam Top 10 Blogger of the Year Digi WWWOW Awards 2012 .

Di samping itu juga , beliau merupakan seorang yang mesra alam . Maksudnya , Kak Mialiana seorang yang rajin beramah mesra dan tidak pernah lokek ilmu . Tanya sahaja dekat kotak cbox beliau , pasti ada balas punya . Malah , cara pengolahan dan pengalamannya menarik minat azwar untuk mengikut jejak langkah beliau . Bak kata orang tua-tua dahulu , amek berkat . Kak Mia juga rajin berkongsi cerita mengenai pengalaman belajar di Open University Malaysia , dan tip-tip blogging . Malah cara penyampaian yang santai  dalam blog beliau sesuai untuk semua peringkat usia . Itu sahaja cerita yang membuat azwa tertarik , bagi sesiapa yang mahu mengenali kak Mialiana . Bolehlah terjah blog beliau .


Inilah tagline kak Mialiana iaitu Smile ! Smile ! Smile ! . Bagi azwa , maybe kak Mialiana mengamalkan kehidupannya dengan rajin senyum walaupun ada masalah . Seperti , senyum-senyum selalu pasti tiada masalah gitu . Big smile untuk KAK MIALIANA 

Hmm... apa yang Mia ingat, Mia suka jawapan Azwar yang menggambarkan tentang personaliti Mia. Azwar pun rajin blogwalking ke mana-mana blog. Mia ada perasan kat shoutbox blogger lain. Semoga Azwar happy dengan dunia blog ini... peace (^_^)

p/s : jom support blog baru Azwar...
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, December 27, 2012

Follower Mialiana.com Yang Ke 9000




Alhamdulillah, syukurnya Mia. Akhirnya blog ini mencecah 9000 followers sebelum akhir tahun ini. Leganya, dapat juga mencapai target yang diingini.

Follower ke 9000 blog ini jatuh kepada Zaty. Sempat juga dia bertanya kat shoutbox, "Ada hadiah tak?". Hadiahnya, review blog Zaty di blog ini. Harap suka dengan entri ini.


Inilah blog Zaty, Violet Hazel Itu Saya...


From PENANG~Hate Smokers~Hate Liars~Love Cooking & Baking~Love Blogging~Love Facebooking~K-Pop Lovers~K-Drama Lovers~Love Her Parents~Love Herself~Love ALLAH & RASULULLAH~Dr. Izzati Wannabe~Currently study in Bachelor of Medicine in UMS~

Jangan malu-malu dan jangan segan-segan, blog Zaty masih baru lagi dan followernya belum sampai 60 orang lagi. Ringan-ringankan diri untuk follow blog dia ya... Kita support blogger baru...

p/s : senyum sokmo ni.... dah 9k dah....
Read more / Baca Lagi >>>

Banner Untuk Wana Dan Mira




Kedua-dua blogger yang bertuah ini, Wana dan Mira meminati warna-warna lembut selepas Mia belek-belek blog mereka. Pemilihan warna juga penting sebagai daya penarik. Kalau warna lembut, sejuk bila mata memandang.

Harap mereka dapat terima banner dari hasil tangan Mia ni dengan gembiranya.

Jom tengok banner baru mereka.... zassss..


A book's lover and addicted to it. Also shopping addicted and love vacation as well.Yes, u happened to bump into a typical women/girl. But i love myself to the fullest. =)



Mira
Simple..Single but not Available...Cembeng..Cengeng.. Suke Menebeng..Tak Suke Makan Kambing... Bukan seorang yang cantik, cerdik, tak pandai mengherdik takde adik beradik , ader sikit fotogedik.... Suke berangan pasal lelaki mase depan perasan kunun puteri impian..



p/s : selamat berkenalan ya dengan mereka...
Read more / Baca Lagi >>>

Eye Mo Moist



Eye Mo Moist

Hmmm... Wajib ada satu Eye Mo Moist kat dalam handbag. Mana-mana pergi memang akan bawa. Kot-kot mata letih ke.. mata kering ke... masa inilah diperlukan.

Nak-nak kalau pakai contact lense, memanglah mata cepat letih. Sebab itu Mia lebih suka pakai cermin mata.  Kalau ada event baru pakai contact lense.

Kalau di tempat kerja memang mengadap komputer, mata akan cepat letih. Kalau dah tak mengadap komputer, mesti nak mengadap handphone pula, main game ke.. tengok internet ke... pun mata akan letih juga. Rehat sebentar dan titiskan sedikit Eye Mo ke atas mata. Terasa lega betul mata lepas tu.. Terasa lembap dan menyegarkan.

Sayang kat mata. Kadang-kadang suka tengok gambar-gambar yang hijau agar mata ceria semula. Bila dah kembali seperti biasa, barulah senang nak buat kerja.

p/s: pentingnya penjagaan mata...

Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, December 26, 2012

Review Pemenang #7 : Mar Haini



Review Pemenang #7 : Mar Haini

Mia kenal Mar sejak dia menjadi follower blog ini. Mia nampak usaha dan kerajinannya di dunia blog ini. Banyak perubahan penampilan blog yang dibuat dan sekarang sangat jauh bezanya dari masa Mia mula-mula kenal dulu.

Entri penyertaannya di SINI pandai menambat hati Mia walaupun simple tetapi jawapannya sangat natural dan jujur. Juga ada nyatakan pengertian SENYUM dalam entrinya. Mia suka..

Jom kita tengok..




Like ! Like !
Kerana hal yang paling gampang itu kan 'SENYUM'.
Senyum itu sunnah.
Senyum itu ibadah.
^_^
Eh, adakah saya sudah menepati syarat segmen kakmia?
Opss . . 
Sebelum tu, follower belog jcb sekarang : 264
Ya, soalannya apa yang anda paling suka di blog ini (mialiana.com)?
Jawapan saya :
1. Tuan blog sendiri - tak pernah jumpa tapi dapat rasa keibuan & kelembutan dia .. sangat friendly, supportive & optimis :)
2. Tagline nye - simple, nice & therapy : Smile . . Smile . . Smile
3. Entry - tak pernah sunyi . . sentiasa update ! thumbs up ! Like Like :D
4. Ni paling saya suka -
Kerana blog ni pernah ketengahkan belog saye !
*ohh dari situ timbul keyakinan untuk blogging dengan lebih gigih*
ThanX kakmia ! Sayang lebihh la ! :D

p/s : silakan terjah ya...
Read more / Baca Lagi >>>

Wordless Wednesday #6



Pelan Data Internet
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, December 25, 2012

Don't Lose It All. Time To Get Data.



Hubungan amat penting dalam hidup kita seharian sama ada hubungan kekeluargaan, persahabatan, dan percintaan. Kita tidak boleh keseorangan. Hidup ini tidak akan lengkap tanpa mereka di sisi. Tidak mengapa jika berada berdekatan. Tetapi bagaimana jika berjauhan? Bagaimana untuk berhubungan dengan mereka yang jauh? Terutamanya bagi pasangan sedang bercinta. Terlalu banyak dugaannya.

Video kisah Amy dan Nick..

Eh! Apa yang sudah berlaku? Pada mulanya mereka gembira dan bahagia. Tetapi bila sudah berjauhan, hubungan menjadi terbatas dan hanya bergantung kepada laman sosial untuk bertanya khabar. Macam-macam boleh berlaku. Apabila terputus hubungan, akan merasa sedih dan tertunggu-tunggu balasan dari Nick.
  • adakah Nick telah berubah hati?
  • adakah Nick telah berjumpa dengan gadis lain?
  • adakah terdapat perselisihan pendapat atau fahaman ketika berhubungan?
  • adakah Amy akan menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya?
  • nantikan apa yang akan terjadi seterusnya...
Apa yang berlaku pada Amy dan Nick, sebenarnya lumrah dalam kehidupan kita. Terkadang kita tidak boleh biarkan ianya berlaku. Jika tiada pelan data, amat sukar untuk kita berhubungan.

Kongsikan pandangan atau pendapat anda tentang video ini di 
Perkongsian Daripada Mia
Pengalaman Mia, bila berjauhan dengan keluarga memang kuat benar rasa rindunya. Lebih-lebih lagi ketika terpaksa bekerja jauh (outstation) atas urusan mesyuarat atau kursus. Selalunya Mia akan gunakan aplikasi Skype supaya dapat melihat video dan mendengar suara Suami Mia dan Sofea. Rasa lega dan dapat juga melepaskan rasa rindu.


Juga bila ingin berhubungan dengan rakan-rakan sepejabat yang rapat dengan Mia, Mia gunakan aplikasi WeChat yang amat menyenangkan. Boleh hantar teks, gambar, video dan juga suara.


Segalanya amat mudah dengan teknologi mudah alih masa kini juga dengan pakej pelan data yang menghubungkan kami. Ada kalanya jika tidak dapat berhubung akan terasa perasaan bimbang, risau dan juga rindu. Memang pelan data amat penting bagi Mia dan menjimatkan.

Langkah seterusnya? 
Kini pelan data adalah keperluan untuk kita semua berhubung. Hanya perlu dail *128# untuk melanggani mana-mana pakej pilihan. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.xpax.com.my/c1.php

p/s : entri sticky post ini dimasukkan pada 11.58 malam 24 Disember 2012
Read more / Baca Lagi >>>

Follower Mialiana.com Yang Ke 8888


Follower Mialiana.com Yang Ke 8888

Cantiknya nombor 8888 ni. Nasib sempat Mia printscreen. Jom kita tengok siapa follower Mialiana.com yang ke 8888.


Tengok-tengok kat shoutbox pula. Sebab bila klik di icon follower tu tiada link. Nasib ada tinggalkan jejak kat shoutbox Mia.


Dan inilah blognya, When My Story Begin. Namanya Aireyn Ashra. Blogger personal yang masih muda. Dah lama berblog cuma jarang update.


Jemputlah berkenalan dengan Aireyn ya... Selamat terjah menerjah...

p/s: 8888, nombor lambang kekayaan...
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pemenang #6 : Nur Dayini



Review Pemenang #6 : Nur Dayini

Mia baru sahaja berkenalan dengan Nur Dayini. Seorang blogger baru dan followernya masih lagi sedikit. Entrinya di SINI berjaya menambat hati Mia...

Jom kita tengok sekejap....


apa yang aku suka tentang blog kak mia ialah ;

1 # kak mia seorang blogger yang simple dan kreatif,
blog die sangat kemas dan tak serabut *itu sudah semestinya*
2 # kak mia sangat rajin berblog dan die tak sombong *(serius!)  =D
3 # pelbagai iklan, informasi dan contest2 terkini 
boleh kite ketahui dari blog kak mia
*kak mia memang terbaekkkkk!*
4 # kak mia banyak ilmu dalam dunia blogging
 dan dia tak kedekut nak share ^^
*iloveyou* (jgn abaikan please) hehe =P
5 # melalui info dari blog kak mia sudah terjelas bahawa 
kak mia ni seorang wanita yang hebat !
(kenapa aku decribe macam ni?)
sebab...
 kak mia seorang wanita yang berkerjaya, seorang isteri, ibu, pelajar, blogger
woahhhh
 kak mia memang seorang yang pandai membahagikan masanya
*tabikkkk!*

Mia suka jawapan yang panjang jela ni. Nampak ikhlas dari hati. Kalau Mia rajin, baru Mia join segmen. Jangan segan-segan untuk bertandang ke blog Mia ya... Salam kenal ya Nur Dayini...

p/s: jom sama-sama support blogger baru ni... terjahhhh...
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, December 24, 2012

Mia Dalam Berita Harian 20.12.2012


Mia Dalam Berita Harian 20.12.2012

Sebenarnya Mia memang tidak sabar nak update ke dalam blog, bila dapat tahu yang Mia ada dalam Berita Harian pada hari Khamis yang lepas. Tarikh keramat 20.12.2012 yang membawa tuah dalam hidup Mia. Tentulah suka. Mia cuma dapat ambil gambar dan update di facebook dan twitter dahulu. Maklumlah sedang outstation di Kuala Lumpur masa itu.

Baru hari ini, sempat nak scan akhbar Berita Harian tersebut dan abadikan di dalam blog ini. Graduan-graduan yang terpilih untuk sidang media Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 memang hebat-hebat belaka. Inilah kata orang, rezeki dapat Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award dan juga cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian.

Bila ditanya apa yang paling menarik tentang OUM ni, Mia jawab tentulah cara pembelajarannya yang fleksibel di samping ianya mempunyai Digital Library yang meluas. Sumber rujukan maklumat yang pelbagai dan meluas. Senang nak cari maklumat.

Jom tengok keratan akhbar yang ada Mia di dalamnya.... zass...



klik pada gambar-gambar untuk besarkan

p/s: menjadi sejarah dalam hidup ini... syukur..
Read more / Baca Lagi >>>

Nasi Lemak Kampung Baru





Sedapnya... nasi lemak Kampung Baru Kuala Lumpur ni. Baru kali ini dapat merasa. Nasinya cukup lemak, sambalnya pun tidaklah pedas sangat. Sotongnya pun lembut.

Rasa tekak mengalahkan orang yang mengidam. Bila dah sana sini perkatakan tentang nasi lemak ini, tentulah nak rasa juga...

Pagi Jumaat yang lepas, Kak Ana yang kebetulan sedang bersarapan di Kampung Baru, bungkuskan nasi lemak ini pada Mia. Siap hantar ke hotel Mia pagi tu. Terima kasih ya Kak Ana.

p/s : sukanya bila dapat kawan yang memahami dan menghargai erti persahabatan...
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, December 23, 2012

Jumpa Blogger Mak Dara


Memang sibuk betullah blogger Mak Dara ni. Ada sahaja event yang perlu dihadiri. Cadangannya pada malam Khamis lepas (20 Disember 2012), kononnya nak melepak dan meroyan sama-sama. Tapi apakan daya hanya dapat jumpa sekejap sahaja di depan hotel. 

Jumpa pun tak lama, hanya dalam 10 minit sahaja. Kiranya dapat juga melepas rindu setelah lama tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Sempat jugalah bertanya khabar dan borak mana yang patut. Terima kasih ya Mak Dara sudi juga jumpa Mia walaupun sibuk dengan aktiviti sehingga ke malam. 

Lepas itu, Mia pun makan malam bersama Suami Mia di restoren yang berdekatan. Jalan kaki sahaja. Malas nak pergi jauh-jauh, karang tersesat pula. Sambil makan sambil tengok cerita Dendam Sarakit kat TV3...

Jom tengok gambar-gambar kami....zasss...

Mak Dara dengan Mia 

 Suami Mak Dara dengan Suami Mia... 

 Cenderahati daripada Mak Dara. Terima kasih ya.

 Menu makan malam kami.

Sate tetap tidak dilupa.

p/s : hidup betul suasana malam di kota metropolitan Kuala Lumpur ni... happening sungguh...
Read more / Baca Lagi >>>

Singgah Open University Malaysia Kuala Lumpur



Minggu lepas kan Mia ada outstation ke Kuala Lumpur. Mia gerak awal dari Johor Bahru pada hari Khamis lepas (20 Disember 2012) untuk sempat sampai ke Open University Malaysia (OUM) Kuala Lumpur sebelah petangnya. Nak jumpa dengan Puan Norzita dan ambil gambar konvokesyen ke 13 OUM yang dah siap.


Baiknya Puan Norzita ini, tunaikan hajat Mia yang memang nak beberapa buku konvokesyen yang ada nama Mia di dalamnya (paling best sekali di ruangan awards) dan OUM Today issue 101 (kisah Mia di ruangan CEMCA Award Winner) buat kenangan untuk seisi keluarga Mia dan Suami Mia. Tempohari masa konvokesyen di PWTC, memang sibuk dan tak sempat nak minta lebih sedikit.


Inilah gambar konvokesyen Mia yang telah siap. Mia siap minta gambar untuk dicetak dalam bentuk kalis air dan siap semuanya dimasukkan ke dalam bingkai (frame). Tambahan bayaran sebanyak RM 200.00 dikenakan oleh FotoRex. Senang, satu set terus. Tak payahlah nak cari bingkai gambar lagi.

Leganya, segala urusan tentang konvokesyen OUM ke 13 telah pun selesai.

p/s: rasa seronoknya dah habis belajar... akan merindui OUM lepas ni...
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, December 22, 2012

Review Pemenang #5 : Hatimi



Review Pemenang #5 : Hatimi

Hatimi, blogger baru yang sangat mesra orangnya. Followernya pun baru seratus lebih. Sungguh pun begitu, Hatimi berani menampilkan diri dan pandai mencari kawan blogger. Suka Mia tengok kegigihannya dalam dunia blog ini.

Jom kita tengok apa yang mencuit hari Mia dalam entri penyertaan Hatimi ni...


Apa Yang Menarik Perhatian Aku di www.mialiana.com?
Sebenarnya aku ingin "mencuri" ilmu Pn. Mia dalam segala aspek termasuk penulisan, interaksi beliau dengan para pengunjung dan tidak lupa juga teknik untuk mendapatkan search traffic, kerana blog beliau dapat menarik 50% pengunjung dari enjin carian setiap bulan....(inilah blog SEO sebenar). Tetapi setakat ini aku banyak menjadi "ninja" dari "samurai" apabila berada di sana...hihi.

Hmmm... nampak gambar tagline smile..smile..smile... yang ada banyak muka dan juga jawapan Hatimi yang lain dari blogger lain iaitu ada sebut SEO. Mia suka jawapan ini. Sebenarnya, entri biasa pun boleh jadi SEO kalau kena pada gayanya. Terima kasih ya Hatimi selalu singgah blog Mia.

p/s: jom ramai-ramai support Hatimi.. kita follow blog dia...
Read more / Baca Lagi >>>

Review Pemenang #4 : Fendy



Review Pemenang #4 : Fendy

Fendy ini boleh dikatakan blogger yang sedang meningkat naik. Blognya simple dan penggunaan widget yang tidak keterlaluan. Kombinasi warna hitam dan merah yang menarik.

Sungguh pun entri penyertaan Fendy simple, tetapi berjaya juga mencuit hati Mia. Jom kita tengok...

Saya suka blog ni sebab
blogger mialiana ni sporting..blog pon cantik dan kemas..hehe

Smile..smile..smile

Harap-harap dapat mencuit hati mialiana dengan smile bawah ni...


Hmmm.... nampak tak smile... smile... smile... yang bergerak-gerak tu? Cantiknya... Mia suka...

p/s : ramai lagi rupanya blogger-blogger kreatif kat luar sana tu...
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters May 2017