Jejak Kasih Selepas 2 Bulan Hilang

Thursday, October 17, 2013

Jejak Kasih Selepas 2 Bulan Hilang

Alangkah terkejutnya Mia, 2 minggu lepas Mia ada terima emel daripada seseorang. Tidak sangka rupanya dia telah menjumpai external harddisk Mia yang telah hilang 2 bulan lepas. Dia meminta maaf kerana terpaksa membuka fail di dalam external harddisk untuk mengetahui pemiliknya. Sebagai bukti dia telah lampirkan salinan sijil akademik OUM Mia. Hampir mengalir air mata ini bila external harddisk telah dijumpai. Ya Allah... Kau telah makbulkan doaku...

Macam-macam yang ada dalam external harddisk termasuk resume, salinan sijil-sijil akademik yang telah di scan, dokumen OUM, gambar-gambar Mia, coding blog dan lain-lain lagi. Bila hilang masa itu, menangis Mia. Sedih sangat. Macam dah putus harapan nak mohon kerja secara online.












Hamba Allah itu seorang pegawai bank lelaki yang berhati mulia. External harddisk Mia telah dibungkus dengan rapi dan dihantar menggunakan pos laju kepada Mia. Jauh tu... dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Semalam sampai.

Malunya Mia.. sudah tentu dia tahu Mia ini orangnya macam mana. Semoga Allah sentiasa merahmati dia sekeluarga. Amin...

syukur sangat-sangat.... bukan senang nak jumpa orang yang jujur dan ikhlas di kota metropolitan Kuala Lumpur...

posted from Bloggeroid

32 comments:

  1. alhamdulillah.. kak mia baik..sbb tu agaknya ditemukan dengan orang baik juga...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,Allah makbulkan doa Kak Mia :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dpt jmpk balik..mmg jejak kasih ni..

    ReplyDelete
  4. Nak nangis juga boleh tak? Terharu pula. Tengok cara dia bungkus tu...nampak macam mana dia jaga barang kak mia.. huhuhu T__T

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...memang susah kak nak jumpa orang yang jujur...beg duit mak saya pernah tertinggal dekat tandas kat petronas rompin...Alhamdulillah, orang yang jumpa jujur orangnya...dipulangkan kepada kami melalui sepupu saya yang kebetulan duduk kat daerah Rompin...apa2pon bersyukur sangat dipertemukan orang yang jujur...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...betul tu susah nak jumpa org yg mcm ni...:)

    ReplyDelete
  7. kak mia...iman plak yg sayu tetibe.sedih plak

    ReplyDelete
  8. Waa..
    Bruntung dpt balik.
    Ssah bk cari org cmni.

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah kak mia...susah nak jumpa orang yang jujur macam tu sekarang nie.

    ReplyDelete
  10. Alhamdullilah Syukur. Barang yang hilang jumpa kembali

    ReplyDelete
  11. syukur Alhamdulillah...ada hikmah di jumapi semula oleh org yg benar..semoga keluarga beliau di rahmati dgn kebaikan yg diberi...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...akhirnya ketemua jua....boleh introduce orang yang berhati mulia di blog MIA nie........

    ReplyDelete
  13. syukur alhamdullillah.
    masih ada hamba allah yang amanah.. kan.. :) banyak tu hal ehwal dalaman dalam harddisk tu kan.. :)

    >> saya penah terjumpa car key skali ngan pen drive.. lepas tu saya buka pen drive tu.. nampak surat dan ada tertera no phone.. so saya call org tu.. chinese man.. tapi saya di marah.. lepas call bagi tau saya jumpa car key segugus dengan kunci rumahnya.. pada saya susah nak duplicate kunci2 yang banyak tu kan.. so nak pulangkan.. tapi bila di marah oleh empunya dan di tuduhnya saya mencuri.. terus saya delete semua document2 dia dalam pen drive dan saya guna... (skrg dah turunkan kat anak guna pen drive tu) lepas tu kunci2 tu dah simpan dlm bekas kunci2 yang tak boleh guna.. NOT USED KEY.. ;) hmmm tu la.. org nak buat baik.. tapi di balas jahat.. sampai skrg saya ingat walaupun dah lebih 5 tahun berlalu..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah kak mia jumpa orang yang baik...susah nak jumpa macam tu zaman sekarang ni...tengok cara packaging tu memang betul2 jaga harta orang...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Kalau dah memang rezeki dan masih ada jodoh dengan hdd tu, lambat pun tetap Allah bagi balikkan. Alhamdulillah Kak Mia, semoga lelaki jujur sentiasa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Jujur sangat2 orang tu. masih ada yg macam tu di dunia nie :)

    ReplyDelete
  17. Syukur Alhamdulillah. Bukan senang nak jumpa org sejujur tu. Susah payah dia bungkus parcel nak pos tu. Allah cuma nak duga sikit je dgn cara 'simpan' harddisk tu kejap.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah... nilh rezeki namanya...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah.. baiknya orang tu.. tu la kak.. susah nak jumpa org macam ni skrg.. huhu

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.