Sambutan Merdeka Tetap Hangat Walaupun Dalam Ramadhan


Macam biasa lah sebagai part-time blogger ni. Kalau dah tak de apa-apa nak dibuat di rumah, macam biasalah Mia akan blogwalking + nuffwalking ke blog kengkawan. Hmm... rata-rata semuanya menunjukkan semangat kemerdekaan di dalam entri masing-masing. Suka tengok dan baca entri-entri tersebut. Apa-apa pun, walaupun penglibatan kita ni hanyalah ciput, terhad di dalam blog sahaja tapi sekurang-kurangnya kitadah berusaha untuk menunjukkan semangat cintakan tanahair kita. Mia nak ucapkan syabas kepada kengkawan semua!

Alhamdulillah, kita masih lagi ingat asal-usul kita. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Media televisyen juga turut memaparkan filem-filem yang berunsurkan patriotik. Mia pun rasa semangat tu berkobar-kobar di dalam diri ini. Walaupun Sofea masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, tapi dia seronok bila tengok sambutan merdeka di dalam televisyen. Tetapi kita dinasihatkan di dalam agama, agar tidak berlebihan atau suka-suka yang melampau yang boleh merosakkan akidah kita.

Kadang-kadang risau juga Mia, ada juga segelintir anak Malaysia yang tidak ingat dan lupa hari bersejarah ini. Rasa sedih bercampur hiba. Sebab itu kita harus tanamkan semangat cintakan tanahair di dalam hati anak-anak kita. Semoga di masa akan datang tidak akan lupa daratan walaupun belajar di luar negara.

p/s: cuma Mia ada terfikir kalau Mia hidup di zaman dulu masa kita nak merdeka.. netah macamana lah agaknya... boleh ke tahan dengan ujian dan dugaan yang begitu besar ketika kita dijajah.....

Post a Comment

5 Comments

  1. slmt hari merdeka..hehe..kiwi x smbut pn merdeka thun ni...bwt asgmnt je kt blik..huhu

    ReplyDelete
  2. apa kata try dengan minum air sabun.. tgk leh tahan ke x he..23x

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  3. Beruntung kita hidup dinegara merdeka yg aman damai ni.

    Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53.

    ReplyDelete
  4. sorry lambt nak ucap hehe
    selamat menyambut hari merdeka yar kak mia
    hehehe sorry terlambt baru blh on9 ni
    emmm yang Fatin pasan..sekarag dah x macm duluw cara sambutan merdeka
    duluw lagi meriah...
    xsampai hari merdeka pun dah banyk bendera2 tergantung sana sini....tapi lani...nak tgk bendera gantung sana sini pun payah dah..
    kalau nampk pun x semeriah duluw :(

    ReplyDelete