Demam Sofea Dah Reda..


Apa pun Mia syukur sangat demam Sofea beransur reda selepas makan ubat homeopati petang semalam. Jadualnya satu jam sekali minum ubat sehinggalah pagi tadi pukul 6.00pagi baru habis ubatnya. Kemudian, disambung pula dengan ubat yang 4 jam sekali minum untuk seterusnya sehinggalah habis semuanya. Rasanya macam air masak jadi mudah nak minum. Minum pun guna gelas. Kalau guna picagari ataupun sudu, sudah tentu Sofea tak nak punya. Lega sangat rasanya Sofea nak minum ubat walaupun tidur Mia dan suami kejap-kejap sambil jaga Sofea.

Hari ni Mia pergi kerja dan macam biasa hantar Sofea ke rumah Mak Semah. Merengek-rengek tak nak. Nak ikut Mia juga. Nak buat camne Mia kena pergi kerja juga. Cuti Mia dah tak berapa banyak, lagipun nak kena simpan untuk apa-apa kecemasan di kemudian hari dan exam nanti. Sepanjang masa Mia call Mak Semah, pantau perkembangan Sofea dari pejabat. 



p/s: pening gak tak cukup tidur, nanti masa tengahari tidur kejap...

Post a Comment

10 Comments

  1. ALHAMDULILLAH...SOFEA DH SEMBUH...lega skit perasaan mummy mia nak kerja tak...

    sis, HomeoPATi ok erk....nak try jugaklaaa..

    ReplyDelete
  2. sofea demam g ehh kak mia..
    emm x pa la..
    alhamdulillah sofea dah smbh.
    kuat jgak sofea ni :)

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh..
    kanak2 mmg mudah demam..
    bila demam, ibubapa mmg pening..
    tp itu mmg tangungjawab..

    sedih kalau anak demam kan..

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah..sihat sikit dah adek sofea ye sis..moga cepat sembuh sepenuhnye dik..

    ReplyDelete
  5. hi mia.. daus dpt be.. jom arr usha2

    ReplyDelete
  6. salam singgah..
    bagus la ubat homeopati tu..
    anak2 kakyong pun jenis susah makan ubat..

    semoga sofea cepat sihat...

    ReplyDelete
  7. Salam.... alhamdulilah dah sembuh juga dik sofea dari demam....

    ReplyDelete
  8. @nidd, ni cubaan pertama mia guna homeopati, rasanya lebih cepat reda dari ubat doktor biasa..

    @gnesop, memang sedih dan jiwa tak tenang kalau anak demam...

    @asyraf hamasaki, eh! yeke? mia tengok macam ok je shoutbox ni..

    @kak yong, memang pun bagus.. lepas ni nak trus bagi sofea homeopati..

    terima kasih atas keprihatinan kawan2 semua...

    ReplyDelete