Fiuhhhh... hari ini Mia memang cukup sibuk. Buat design untuk Buku Program Pusat Informasi Nanas, MAEPS Serdang untuk MAHA 2010 ini. Nasib baik Ila dan Kak Aida dari Bahagian Promosi banyak memberikan kerjasama dari segi gambar dan maklumat. Kalau buat lambat nanti tambah pulak kerja lain yang ad-hoc. Al maklum MAHA 2010 dah dekat, macam-macam leh muncul, tetiba kena buat design lain ke... Alhamdulillah siap juga hari ini, dengan cetakan booklet. Sweet and simple. Buat 3 salinan berwarna untuk contoh.

Tengahari tadi Mia dengan Lela pergi ke Nation Wide. Apalagi nak hantar hadiah lah. Sebelum tu Mia ada call Fatin Hanani, macam terkejut je suara dia. Mia just nak confirmkan address mana tahu takut tersilap. Begitu juga dengan Miza, macam pelik bila Mia call.  Entah macam suara hantu ke Mia ni? Risau juga takut tengah attend kelas ke... Tiefazatie pula tak angkat handphone, tapi dah mesej Mia. 




Bila nak hantar hadiah kena bungkus dulu sebab fragile. Nasib baik muat dalam paperbag tu. Untuk keselamatan barang, agar tak rosak dan pecah bila sampai ke destinasinya. Jauh tu dari Johor ke Kedah dan Terengganu... Mia teringin nak jalan-jalan ke sana, cuma masa je yang tak mengizinkan.

Apa-apa pun di harap pemenang terus menghubungi Mia sekiranya hadiah tidak sampai. Jangan lupa buat posing yang menarik skit bila bergambar dengan hadiah tu. Akan dimasukkan ke dalam blog mycni2.blogspot.com dan sudah tentu blog ini juga. Ucapan ringkas pun harus disertakan sekali.

p/s: tahniah kepada pemenang... doakan agar Mia berjaya dalam pelajaran...