Semalam, sepanjang hari Mia kat OUM Johor menghadiri kelas. Sofea dihantar ke rumah Mak Semah, pengasuh Sofea. Balik lepas ambil Sofea, Mia singgah rumah Mak Mertua kejap, dia bungkuskan Mee Bandung, jadi untuk makan malam Mia tak perlu masak kat rumah. 




Sofea pula sekarang ni susah sangat nak tidur, suka tidur lewat malam. Malam tadi dekat 1.30 pagi barulah dia tidur. Tiba-tiba dalam pukul 3.00 pagi, dia nangis merengek, demam panas pula. Apalagi suami Mia buatkan air asam jawa. Mia jelum satu badan Sofea dengan air asam jawa. Kejap sejuk, kejap panas.

Masalah Sofea ni pula, kalau makan ubat demam dari doktor terus muntah. Takkan nak letak ubat cucuk pulak. Tak elok kata orang. Pening betul kami berdua. Dah muntah 2 kali setakat ni. Agaknya salah urat kot... Mia terus telefon Kak Zah, tukang urut yang kat Larkin tu booking tengahari untuk urut Sofea.

Ni sekarang tengah tunggu klinik homeopati di Pekan Francais Pulai, buka pukul 9.00 pagi, cuba ubat yang kat situ pula. Sementara tu, jelum badan Sofea, biar jangan panas. Mia pula terpaksa ambil cuti arini, nak jaga Sofea.



p/s: macam ni lah adat orang yang ada anak kecik...