Memohon Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 Melalui SPA

Memohon Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 Melalui SPA

Pagi-pagi lagi, Mia memang akan terbangun awal. Mia terus membuat pendaftaran permohonan Jawatan SPA di Portal Rasmi SPA. Alhamdulillah, selesai juga Mia isi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

klik pada gambar untuk besarkan

Maklumlah dah lama betul tak isi borang ini. Mia pun isikan semua maklumat yang dikehendaki. Jawatan yang Mia pohon ialah Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 berdasarkan kepada kelulusan Bachelor of Information Technology with Honours Open University Malaysia dengan CGPA 3.80.

Tak tahulah boleh dapat ke tidak ni sebab sudah tentu ramai yang mohon jawatan di sektor kerajaan. Cuba dulu tengok macam mana. Pada masa yang sama Mia pun cari-cari juga jawatan kosong di Pihak Berkuasa Tempatan atau agensi lain di kawasan Johor.

Di pejabat Mia, LPNM tiada jawatan kosong untuk Pegawai Teknologi Maklumat F41. Jawatan yang ada pun cuma 1 dan telah pun diisi. Jadi, untuk memohon kenaikan pangkat dari Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ke Pegawai Teknologi Maklumat F41, hendaklah cari di tempat lain. Sayang betul nak tinggalkan LPNM, tapi apa boleh buat, demi peningkatan kerjaya Mia, terpaksalah mohon jawatan yang lebih tinggi di tempat lain.

Kalau sesiapa tahu ada jawatan kosong untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di mana-mana agensi kerajaan, harap maklumkan pada Mia ya.. Terima kasih Mia ucapkan...

p/s: dah mula sibuk cari jawatan kosong di merata tempat.....

Post a Comment

13 Comments

  1. dapat ketak..itu citer no 2 ..yang penting kena rajin isi borang apply kerja nih..bwtul x?>

    ReplyDelete
  2. all the best crik kerja baru :)

    ReplyDelete
  3. saya pun dah isi online kerja di spa ni..tak tau dpt ke tak

    ReplyDelete
  4. insyaAllah kak..akak dah ade pengalaman keje..Sy pun bru je nak grad. amik course lbih kurang akak jgak..gud Luck Akak!

    ReplyDelete
  5. mia,klau kt tmpt kte ade kosong jwtn F41 tu bole trus apply kenaikan pgkat ctu je ke?bukan ke still kena apply baru kt spa jgk??confuse nih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya untuk kenaikan pangkat di pejabat yang sama, kita kena lalui proses seperti orang lain juga, tunggu iklan jawatan kosong keluar, isi borang permohonan dan datang temuduga. cuma yang bestnya sebab kita orang dalam dan potensi untuk terpilih amat besar berbanding dengan orang luar.

      Delete