Alatulis - Peralatan Yang Diguna Setiap Hari

Alatulis - Peralatan Yang Diguna Setiap Hari

Tiba-tiba terpandangkan set alatulis yang ada di depan mata Mia ni. Hmmm... terlalu penting dan sentiasa diperlukan setiap hari. Banyak betul pensel, sebab Mia suka conteng-conteng dan catit nota dengan guna pensel. Senang nak padam. Kat dalam mug yang comel ini ada macam-macam... pen, liquid paper, marker, gunting, highlighter dan pembaris. 

Baru perasan yang selama ini, setiap hari kita gunakan peralatan alatulis tanpa disedari. Cuba kalau tiada di depan mata, alamat kelam-kabutlah jadinya cari kat meja rakan-rakan sepejabat yang lain. Takkan nak pinjam setiap hari, tentu malu kan? Jadi lengkapkan koleksi peralatan alatulis di tempat sendiri. Kalau ada yang meminjam, kenalah faham-faham sendiri. Jangan nak memunya macam harta sendiri.

Eh! Perkara kecil macam ini pun boleh jadi gaduh. Bukan kaum wanita sahaja, kaum lelaki pun ada juga. Kat pejabat memang macam-macam karenah dan perangai orang. Kadang-kadang di depan je baik, di belakang tuhan sahaja yang tahu.

Ini sahaja koleksi yang Mia ada... zasss



p/s: bukan kedekut... cuma tak larat nak beli atau ambil yang baru...

Post a Comment

8 Comments

  1. uncle punya alat tulis...mmg selalu bertukar-tukar...sehinggakan pen pilot g1 yang ditanda pun telah selamat mendarat ke meja bos hahaha .. la ni pakai kilometrico (pen koman) .. tarak orang yg berkenan pun..selamattttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk sayang betul tu pen pilot G1, nampak kelas gitu...

      terkadang lebih elok kita pakai pen biasa. lagi tak perlu pikir nanti ada orang amik atau pinjam.

      Delete
  2. duk kat pejabat ni pen semua memang kena tanda siap-siap,..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tanda nama tetap bagi menentukan siapa owner nya..

      Delete
  3. Heheh...walaupun tak guna sgt, tetap Ada own stationery jugak.

    ReplyDelete
  4. kadang kerja kat kounter bergaduh dgn custemor pasal pinjam pen x reti pulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tu mungkin kes customer terus pulang bawa balik ke rumah...

      Delete