Penghantaran Cenderahati Kepada Peserta Kempen dan Blogger Lain Siri #3


Akhirnya, inilah kali terakhir sesi penghantaran cenderahati kepada peserta kempen dan seorang blogger lain.

Untuk makluman, Mia telah pun buat penghantaran Pos Daftar (registered pos) pada waktu petang Jumaat lepas di Pejabat Pos Batu 5, Tampoi.

Cenderahati Sticker Kereta Manchester United Arctic Ice Fan Club


Tempohari semasa penghantaran air Arctic Ice ke 3 rumah peserta-peserta kempen ini, Mia belum dapat lagi Sticker Kereta Manchester United Arctic Ice Fan Club. Minta maaf ya, dapat lambat sedikit.

Mia hantar sendiri di pejabat Zulfakar di Taman Universiti. Ternyata suka betul Zulfakar dapat sticker ini dan katanya tak sabar nak lekatkan kat keretanya. Kemudian, dia berikan sedikit cenderahati TM kepada Mia. Wahhh.. terima kasih ya. Terharu betul Mia. Siap berbalas-balas pula. 

Inilah dia, cenderahati TM daripada Zulfakar...



Mia hantar menggunakan sampul coklat seperti gambar di atas. Untuk Mr Cool, Mia poskan ke alamat pejabat. Bila dah terima, jangan lupa beritahu Mia dan tampalkanlah kat kereta. 


Cenderahati Sticker Kereta Mialiana.com


Blogger Anuar yang sentiasa mengikuti perkembangan Mia berkempen sejak DiGi WWWOW Awards tahun lepas. Siap ada buat review lagi tentang kempen DiGi WWWOW Awards 2011 dan 2012 di SINI. Walaupun ulasannya secara bersahaja, tapi Mia suka cara penyampaiannya. Mia ni, hanya blogger biasa bukannya famous, jadi untuk meraih undi kenalah buat kempen besar-besaran. Cuma tahun ini, Mia ada kelainan sedikit dengan adanya sponsor. Nasib baik ada yang nak sponsor. Tahun ini, ramai pula yang bantu Mia. Syukur sangat. Apa pun untuk Anuar, Mia nak ucapkan all the best! Terimalah cenderahati ini (yang sampul surat putih seperti gambar di atas) sebagai tanda ingatan daripada Mia .

p/s: tamatlah sudah sesi penghantaran cenderahati.... 

Post a Comment

11 Comments

  1. owh ... santek3 ... untungla.. =)

    ReplyDelete
  2. Best..Best...bestlah cenderahati kat sini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Mia... Tak sangka saya dapat menang hadiah..

    Sebenarnya saya buat artikel tentang Digi WWWOW Awards 2012 tersebut secara suka-suka sahaja.. Tiada tujuan pun untuk mempromosikan blog sesiapa..

    Kebetulan, saya tengok banner Mia banyak dekat blog-blog lain.. Jadi saya jadikan banner Mia sebagai contoh..

    Selain Mia, tak sangka pula denaihati (blogger terkenal) pun turut singgah dekat blog saya dan meninggalkan komen pada artikel tersebut...

    Lepas denaihati berikan komen, saya tengok blog beliau pun aktif juga berkempen..Berasa syukur jugalah sebab artikel tersebut dapat memberi kesedaran kepada rakan blogger lain untuk turut aktif berkempen..

    Blog Mia sebenarnya kira femes jugalah sebab dah dua tahun berturut-turut berjaya dalam senarai top 10 untuk nuffnang Blogger Of The Year Digi WWWOW Awards.. Tahniah Mia.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 anuar. mia dah pun berusaha sungguh2 dalam kempen.

      terima kasih ya anuar...

      Delete
  4. Congrats Mia for ur effort.. Just believe in urself coz thats d only things in ur control & no one can take it from u.. Yes, believe in urself.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks you so much xuwryn... for the nice motivational quote...

      i'm glad to meet you and be one of your friends...

      Delete
  5. Tq Mia.Akak dah terima semalam.Tak sempat nak tampal di kereta, anak buah akak peminat MU dah mintak.Suka sangat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. ooo kalau gitu takpela. yang penting dah samai pada kak scarlett

      Delete