Tukar Karpet Baru Di Pejabat

Di pejabat sekarang ni tengah sibuk mengemas sebab tukar karpet baru. Al-kisahnya, hari Jumaat lepas, kami yang beberapa kerat di Unit ICT mengerahkan kudrat, mengangkat barang-barang dan letakkan di bilik server dan stor buat sementara waktu kerana pemasangan karpet baru dilakukan pada hari esoknya (9 Jun 2012). 

Semua almari dan kabinet yang berat serta kerusi telah dialihkan ke ruangan lain, bagi memudahkan urusan pemasangan karpet. Yang tinggal hanyalah meja-meja sahaja.

Semalam, bila naik kerja sahaja, banyak betul habuk bersepah dan bau gam karpet yang sangat kuat. Apalagi projek kemas-mengemas dan lap semuanya. Peluh membasahi badan. Ditambah pula blackout pada hari semalam, dugaan betul. Keadaan panas dan agak gelap. Namun usaha kemas diteruskan juga. Bila dah siap kemas disambung pula dengan kerja-kerja mengangkat barang-barang balik kepada keadaan asal semula. Bila dah siap, rasa macam nak pengsan... letih betul...

Hari ini, dah rasa lapang sedikit dan habiskan kemas apa-apa yang patut di tempat sendiri. Jom tengok...zasss..




p/s: tenang dan ceria bila dah tukar karpet baru... mood happy di tempat kerja..

Post a Comment

7 Comments

  1. hehe slamt brkrja dgn lbih ceria ye kak..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh cantik.. Tentu nanti lebih bersemangat masa bekerja.. :)

    ReplyDelete
  3. suasana baru lagi bersemangat kot nak kerja..hehe

    ReplyDelete
  4. suasana baru, mood kerja mesti baik kan... cool je..

    ReplyDelete
  5. bagus tuh hehe :D setidaknya bisa buat mood jelek jadi bagus habis tu boleh kerja lebih giat lagi hehe :)

    ReplyDelete
  6. uish...
    besar tue satu ofis buat..
    tp berbaloi ler kak..
    mmg cantik..
    rasa nk tido kt opis pn ada tue:)

    ReplyDelete