Sofea Demam..

Semalam sebelum tengahari Sofea dah mula demam. Mak Semah yang telefon beritahu Mia. Terus risau Mia. Nasib baik Mia kursus di Hotel Seri Malaysia, larkin dan terus bergegas ke rumah Mak Semah. Panas betul badan Sofea. Nak pergi klinik, pukul 2.00 petang baru buka. Jadi Mia buat keputusan untuk urut Sofea dulu di Taman Impian Emas. Lama jugalah urut, sebab Sofea mengadu sakit badan. Mungkin terlalu penat sebab aktif sangat orangnya. Selepas selesai urut pukul 2.30 petang, sampai pula ke Klinik Penawar, Kampung Pasir. Sofea cuma demam dan sakit tekak macam ada tonsil kat dalam mulutnya. 

Gambar Sofea semalam masa di Klinik Penawar...



Memang berikan Sofea ubat, tetapi bila dah masuk, terus muntah. Macam tak boleh masuk pula. Cuma masukkan ubat dicloren sodium sahaja. Itu pun sekali.

Awal pagi hari ini, badan Sofea kembali panas. Makan ubat dan minum susu pun tak mahu. Jawabnya kena mandi untuk sejukkan badan. Mia terpaksa ambil cuti cemas hari ini. Mia dan Suami Mia terus buat keputusan untuk gunakan alternatif kedua iaitu ubat homeopati. Maka, bila dah siang dalam pukul 11.00 pagi ke Klinik Pakar Homeopati Ariffin di Pekan Francais Pulai. Ada 2 botol ubat. Mula-mula kena habiskan botol No. 1 yang perlu diberi setiap satu jam. Dah habis botol No. 1, baru guna botol No. 2 setiap 3 jam. Alhamdulillah, serasi betul dengan ubat homeopati ini dan Sofea sudah semakin sembuh dari demam. Kisah klinik ini, ada dalam entri yang lepas. Klik SINI.

Gambar Sofea di Klinik Homeopati hari ini dengan neneknya...



Susah hati bila Sofea demam. Sebab malam memang Mia dan Suami tak boleh tidur nak kena jaga, takut panas sangat badan dia. Nenek dan atuknya (mak dan ayah Mia) dari kampung pun datang pagi tadi, risau betul dengan keadaan Sofea.

p/s: sekarang bila dah besar, Sofea dah tak nak pakai kool fever lagi...

Post a Comment

6 Comments

  1. Kesian. Semoga cepat sembuh kepada sofea.

    ReplyDelete
  2. musim tak menentu..cuaca tak boleh nak di agak...moga cepat sembuh..jangan jadi cam anak uncle..dah sembuh..tetiba demam pulak..huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan uncle... nak wat camne. alhamdulillah, sofea pun dah sembuh ni. cepat kesannya bila makan ubat homeopati. syukur sangat2..

      Delete