Fasa 3 User Acceptance Test (UAT) Script Managed Portal Services (MPS)

Pada hari semalam (14 Jun 2012), Mia telah menghadiri Stage 3 User Acceptance Test Script Managed Portal Services (MPS) yang telah dianjurkan oleh SKALI Web Sevices di Menara Sentul Kuala Lumpur bagi sesi uji kaji MPS Portal I-Community yang baru sahaja dibangunkan dan yang mana ianya akan dimasukkan ke dalam laman web www.mpib.gov.my sebelum suku akhir tahun 2012.

Tugas Mia hanya uji satu persatu prosedur yang telah dinyatakan di dalam borang yang disediakan sama ada operasi yang dilaksanakan pass atau fail. Memandangkan ada 152 agensi kerajaan yang menggunakan khidmat SKALI untuk pembangunan dan penyelenggaraan laman web maka kami, webmaster agensi  kerajaan dijemput mengikut kumpulan dan tarikh-tarikh yang ditetapkan.










Selesai jam 1.00 tengahari dan kami semua menjamu selera. Mia tidak singgah mana-mana. Jadi, terus pulang ke Johor Bahru.

p/s: cuaca terlalu panas, sehingga boleh berpeluh di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.... dah buka aircond yang paling sejuk...

Post a Comment

0 Comments