Dekati Kebaikan Dan Jauhi Keburukan



Pagi yang indah, suasana yang ceria dan jiwa yang segar. Syukur atas segala yang ada. Di sini Mia kongsikan emel yang diterima oleh rakan Mia, "Dekati Kebaikan Dan Jauhi Keburukan". Jom baca dan hayatinya...

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan  siapa  yang  banyak  dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang  kuat  nafsunya  maka  banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah yang  baik,  kerana  jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya. Kebahagiaan tidak boleh  dibeli dengan wang ringgit.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga 

Sesungguhnya  orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada  di atas  mimbar  yang  terbuat  dari  cahaya.  Mereka  itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat mahupun kepada keluarga .

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Semulia-mulia  manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

p/s: hargai setiap saat apa yang kita lalui walaupun pahit untuk ditelan...

Post a Comment

3 Comments

  1. saya suka membacanya...memang semua sifat2 yang disebutkan sedang berlaku di sekeliling kita,antara sedar dan tidak saja....terima kasih sudi berkongsi..

    ReplyDelete