Lempeng


Lempeng... sedapnya. Sekali sekala pekena lempeng pun apa salahnya. Kebiasaannya, lempeng adalah hidangan untuk sarapan pagi. Tapi boleh juga untuk santapan tengahari, petang atau pun malam.

Nak masak lempeng ini mudah sahaja. Bagi mereka yang tak tahu memasak pun boleh buat. Cuba tengok kat dapur tu ada tak tepung gandum dan garam? Kalau ada, jom kita masak. Cuma 3 sahaja bahan yang diperlukan iaitu tepung gandum, air dan garam. Gaulkan tepung gandum dengan air secukupnya dan masukkan sedikit garam. Gaul sehingga rata dan tiada ketulan tepung lagi. Kemudian, masukkan minyak sedikit ke dalam kuali. Dalam gambar di bawah, Mia lebih suka guna frying pan. Gunakan api yang sederhana. Tuangkan ke dalam kuali dan ratakan. Bila dah masak, terbalikkan lempeng tersebut.






Selalunya Mia akan masak lempeng garing-garing. Suami Mia memang suka yang garing. Sofea pun suka lempeng. Sekeping pun tak cukup. Boleh dimakan begitu sahaja. Lebih sedap jika dimakan bersama sos cili, gula, sambal tumis atau pun sambal kicap. Ikut suka dan selera masing-masing.

p/s: kenyang perut bila makan lempeng....

Post a Comment

22 Comments

  1. sedapnye cicah smbal tumis..cicah lempuk durian pun sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...sekali makan boleh 2 keping jadinya...

      Delete
  2. Replies
    1. ooo fauzi suka makan dengan sambal sardin... mia pulak suka dengan sambal tumis...

      Delete
  3. kalau kt utara, lempeng ni panggil peknga :) terbaik kalau cicah sambal ikan bilis. *lapar pulak, hihihi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo... peknga. mia tak tahu pun. baru tahu... *dah lapar teruslah cepat-cepat gi makan..

      Delete
  4. sedapnya... waktu zaman dulu suka sgt makan nie... kite suka cicah dgn susu pekat. jadi mcm sos plak yer... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo saliza suka dengan susu pekat. mia belum pernah cuba lagi.. rasa macam nak cuba jugalah...

      Delete
  5. sebulan lepas inna g perkampungan masayarakt orang melayu asli kat tggnu. ada 1 family tu masak lempeng. lempengnya sedap dan lembut. xpernah lg makan lempeng mcm tu..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh ye ke? ada mintak resepi tak dengan keluarga? mana tahu kita semua boleh cuba..

      Delete
  6. sgt suka makan lempeng mak buat.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo suka yang mak buat. kalau sendiri buat, suka tak? takpe lepas ni boleh cubaaaa

      Delete
  7. anak saya lagi suka lempeng berbanding pizza.hehe.tapi husband xmakan lempeng.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu...jimat skit tak slalu makan pizza. tapi husben tak suka, pun tak seronok juga.. husben suka pizza hek?

      Delete
  8. lama tak makan lempeng..balik rumah nak buat lempeng,,cicah gula,,sedap bangat,,hee

    ReplyDelete
  9. AKAK, leeza dh edit mana2 kesilapan yg ditegur.... TQ

    ReplyDelete