Bila Sofea Makan Nasi Minyak...

Hmmm... Mentang-mentang sekarang ni dah bersekolah tadika. Sofea lebih suka buat apa-apa sendiri. Hari Sabtu lepas, Mia sekeluarga dengan Ayah dan Mak Mia menghadiri kenduri kahwin anak rakan baik Ayah Mia di hadapan Carrefour Batu Pahat.

Bila makan nasi minyak, Sofea terus nak makan sendiri. Sofea hanya makan nasi minyak sahaja, lauk ayam dan daging kami yang suapkan. Kalau tak, nanti kecah sangat. Rambut Sofea di sebelah depan dah dikerat pendek oleh Neneknya supaya senang di sekolah tadika dan tidak rimas.

Jom  tengok gelagat Sofea tu... zass...







p/s: masa kenduri kahwin ini, kasut yang Mia pakai terkopak...hehehe alamatnya memang kena singgah Carrefour dan beli baru....