Kisah ini pada masa dahulu, tahun 2007. Masa itu ramai yang tidak tahu tentang blog. Nak dijadikan cerita timbulnya idea nak buat blog itu selepas inbox dalam emel penuh dengan emel-emel daripada rakan-rakan. Nak dibuang sayang betul sebab mengandungi maklumat yang berguna dan boleh dirujuk di kemudian hari. Fikir punya fikir, tup-tup cubalah buat blog dan masukkan semua maklumat daripada emel ke dalam blog. Selepas itu barulah boleh buang emel yang melambak di inbox itu. Kelakarnya pada masa itu. Boleh disimpulkan di sini, yang Mia sebenarnya tidak sengaja boleh ada blog.

Kadang update, kadang tidak. Ikut suka... Masa itu Mia gunakan http://mialianas.blogspot.com. Memang untuk diri sendiri. Tidak kisahlah ada orang datang melawat blog ataupun tidak. Apatah lagi tentang trafik dan komuniti blogger. Asal namanya nak mialiana tapi dah ada orang register nama itu jadi Mia tambah s di belakang jadi mialianas. Kenapa pilih nama Mia Liana sebab memang suka dengan nama Mia ni, nampak manis dan lembut bila disebut... (mood perasan sekejap). Sehinggalah pada tahun 2010, Mia aktif berblog secara konsisten dan mula update blog dengan kisah peribadi, keluarga dan belajar di OUM. Kini... blog ini semakin matang dan  sentiasa mendapat kunjungan. Terharunya....

Sepanjang masa Mia memang suka tukar-tukar header dan background blog. Bila dah jemu, Mia tukar yang lain pula. Begitulah seterusnya sehingga sekarang bila dah ada domain sendiri mialiana.com pada awal tahun 2011. Seronoknya bila dah terjebak dalam dunia blogging ini. Hilang segala masalah dan bestnya dapat ramai kawan...

Sebab itu bila anda lihat entri-entri lama semuanya mengandungi maklumat daripada emel. Sumbernya pun Mia tidak tahu datang dari mana. Mula-mula untuk rujukan sendiri, tapi bila dah dimasukkan ke blog.. boleh jadi rujukan semua orang bila dicari dengan search engine seperti Google. 

Yang pastinya, blog inilah penghibur hati di kala duka, sedih, susah hati dan tension dengan kerja...

p/s: sejarah blog ini.... siapa sangka....