Awal betul terjaga dari tidur pagi ini, dalam pukul 4.15 pagi. Mengucap kesyukuran masih lagi bernafas sehingga hari ini. Termenung seketika tentang mimpi malam tadi.

Mia bermimpi sambung belajar master di sebuah universiti dan belajar secara sepenuh masa. Dalam mimpi itu best sangat belajar. Master yang di ambil separuh by course dan separuh lagi by research. Tidak ingat sampai mana mimpi ni, terus terjaga. Dapat merasa sekejap dalam mimpi pun dah cukup syukur.

Sebenarnya dalam masa sekarang Mia tidaklah terlalu fikirkan pasal sambung belajar. Memang hajat di hati melompat-lompat nak sambung belajar semula. Tapi kalau boleh biarlah dah bersedia betul jadi nanti masa belajar boleh buat betul-betul. Nak kena fikir juga dari segi kewangan dan juga komitmen lain.

Dulu masa sebelum belajar degree kat Open University Malaysia. Mia selalu mimpi belajar juga. Bila dah belajar, sudah tidak mimpi lagi.

Selalu terfikir di hati, boleh buat ke... kalau nak sambung master... usia pula semakin meningkat setiap hari...

p/s : sekadar luahan...