image Blogger Personal - Blog Adalah Segalanya - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 6 December 2012

# Tips

Blogger Personal - Blog Adalah Segalanya


Bagi blogger personal, blog adalah segalanya. Kisah suka dan duka dicoretkan, ibarat diari elektronik yang juga dapat dikongsi dengan pengunjung blog. Tentu sayang sangat kat blog. Kalau sayang kat blog, jagalah blog dengan baik dengan cara update secara konsisten dan maintain trafik blog.

Untungnya jadi blogger personal. Boleh  update apa sahaja yang dirasakan perlu. Boleh juga kisah peribadi, kisah keluarga, kisah masyarakat sekeliling, kisah kerja, kisah cinta dan apa-apa lagi kisah yang sesuai. Perlu diingat tidak semua kisah boleh dimasukkan ke dalam blog dan perlu pandai memilih kisah yang sesuai. Jagalah batas dan adab sopan ketika menulis.

Blogger personal selalunya akan lebih mesra dengan pengunjung dan terasa begitu dekat bila berhubungan. Akan lagi mesra apabila dapat berjumpa dengan rakan-rakan blogger di alam nyata. Bertentang mata dan juga berborak sakan. Bila kita dah selalu berkunjung ke blog personal, secara tidak langsung kita juga tahu personaliti dan cara blogger itu dengan sendirinya. Bila berjumpa tentulah akan lagi mesra dan macam dah kenal lama.

Bila jadi blogger personal, tidaklah boleh sombong dan memandang rendah kepada blogger lain hanya kerana blognya telah pun dikenali ramai. Jangan lupa pada para pengunjung, kerana merekalah yang menaikkan blog anda. Tanpa mereka, blog anda tiada maknanya.

Walaupun trafik blog tidaklah setinggi mana, tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Bermula dari susah kepada senang. Bermula dari bawah barulah naik ke atas. Berusahalah untuk naik ke atas tanpa putus asa dan atasilah halangan yang ada di hadapan. Belajar dari kesilapan dan cedok ilmu dari blogger lain yang telah berjaya. Melangkah setapak demi setapak ke hadapan. InsyaAllah tentu akan berjaya.

p/s: blog adalah segalanya bagi Mia...

69 comments:

  1. Taliff pernah cuba menjadikan blog dengan niche "personal". Namun, terasa kurang sesuai dengan "perasaan".

    Tapi, bila terjumpa satu blog yang menghubungkan perasaan dengan apa yang difikirkan dan punyai tauladan, terutamanya berkaitan pembangunan diri - Taliff ikuti caranya.

    Cara dia menulis, cara dia berfikir, cara dia menganalisis, cara dia belajar - menjadikannya mentor(dalam diam).

    Sekarang, Taliff yakin apa yang ditulis mengikut "niche" pilihan sendiri, punya kekuatan untuk memberi info dan paling berharga sebuah ilmu yang dikongsikan.

    p/s : Blog Mia juga banyak info dan ilmu. Walaupun ditulis mengikut pengalamanan. Pengalaman adalah cikgu terbaik bukan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. niche pun penting juga taliff... terima kasih sudi kongsikan di sini.

      p/s: haah.. pengalaman memang cikgu terbaik dan akan mematangkan kita untuk hadapi kehidupan..

      Delete
  2. setuju sgt dgn mia tu. kini blog personal pun buleh tarik traffik berjuta2 mcm hanis zalikha tu..jeles tul sy dgn dia. bila la dpt fames mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiiii itu memang dah fames betul... kita ni cukuplah seadanya.. ;) pun dah kira syukur..

      Delete
  3. sjk bgelar blogger, bru sy tau ape perasaan bile kte bkongsi ape yg kite pikirkn, kita lihat, kita rasai pd org lain..terutama pd org yg xpnh kita knal...tp mmg sgt seronok.....sy sgt enjoy jd sorg blogger...pnh pikir psl nk dpt duit dr blog, tp skang lbih kpd bkongsi....& dah xpikir psl duit lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. perasaan itu lah sebenarnya kunci untuk blogger. memang seronok bila dapat kenal mesra dengan blogger lain. ;)

      Delete
  4. Walaupun trafik blog tidaklah setinggi mana, tetapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Bermula dari susah kepada senang. Bermula dari bawah barulah naik ke atas. Berusahalah untuk naik ke atas tanpa putus asa dan atasilah halangan yang ada di hadapan. Belajar dari kesilapan dan cedok ilmu dari blogger lain yang telah berjaya. Melangkah setapak demi setapak ke hadapan. InsyaAllah tentu akan berjaya.

    THE BEST PART 4 ME , YUP , BAGI CP , BLOG NIH SEKADAR SUKE2 JE DLU , SAMBIL BELAJAR APA YANG PERLU , SUSA SKET NAK ON9 , MEMANDANGKAN ADE MASALAH WIFI KOLEJ SKG NIH , APATAH LAGI CP MEMG 100% BERGNTUNG KAT WIFI KOLEJ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... take it slowly. nanti lama2 ok la tu ;) all the best di dunia blog ya CP..

      Delete
  5. setujuh kak mia, sebab saya blogger personal jugak, apa apa saja yang saya tulis semunya suka hati makcik saya je. haha. tapi saya x lupa jasa yang sudah bw dekat blog saya, saya siap buat bloglist khas untuk sesiap yang rajin komen blog saya, senang nak bw dekat dorang balik. kan

    ReplyDelete
  6. Blog dah mcm dairi on9.Segala suka duka dalam kehidupan kita, kita curahkan kat cni.Kepada yang memahaminya terima kasih banyak2.Kepada yang mencemuh..kita akan memperbaiki kelemahan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya normi.. sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dan blog dari semasa ke semasa...

      Delete
  7. ya saya bersyukur seadanya, sebab sekarang saya dah ade ramai kawan yang boleh dibawa bergurau.. maksudnya rapat..~~

    ReplyDelete
  8. kdg2 lebih baik luah kn di blog..lama sgt simpan dlm aty, serabut jadi nyer..ade plak kwn2 yg bagi semangat, suport kita..epy la ckit..hihi

    ReplyDelete
  9. setuju...saya pun sayang gila kat blog saya..hehehehe..

    betul.. blogger personal sangat peramah dan senang didekati

    ReplyDelete
  10. assalamulaikum mia...betul tu blog personal ni mcm2 boleh kita tulis di dlm nya...lebih2 lagi kalau tuan punyer blog itu peramah dan mesra sesama blogger yg lain lagi la menyeronokkan bila kita dapat singgah di blog itu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... sememang dunia blog ini akan indah bila semua blogger mesra... macam satu komuniti yang meriah dan happening...

      Delete
  11. walaupun trafik blog tak tinggi mana, tapi bersyukur ada juga teman lain yg sudi menyerikan blog yana. janji kt ikhlas dgn mrk pasti mrk rasa di hargai. ^^ sokong entry k.mia nie ^^

    ReplyDelete
  12. btul..setuju sangat dengan pendapat kak Mia..^_^

    ReplyDelete
  13. BLOG ADALAH SALAH 1 MENDE YG PENTING LAM IDOP DEQ . G MANE2 JE .. MMG WAJIB AKAN SEBUT .. BLOG BLOG N BLOG .. ALHAMDULILLAH .. TMPAT TU LAH YG LEH DEQ KONGSI SUME SUKE DUKE YG TRJD LAM IDOP DEQ ..

    TOL TU KAKMIA .. KITE AKAN LEH THU PANGAI ORG DGN LEBIH DKAT DN AKAN TIMBUL PASAAN INGIN JUMPE KAT ALAM NYATA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan deq.. entah bilalah kak mia ni boleh jumpa deq... huhuhu

      Delete
  14. sangat setuju dgn Mia.. kerana blog jugalah persahabatan kita terjalin.. syukur alhamdullilah bertemu teman seperti Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. terima kasih banyak2 ya kak, sudi hargai perhubungan ini...

      Delete
    2. betullah Mak.Dengan blog, sekurang-kurangnya masa terisi dengan aktiviti berfaedah

      Delete
    3. haah kak scarlett.... ;) dapat juga kenal dengan kak scar..

      Delete
  15. betul.. blog juga adalah segalanya bagi Mimie.. hee :)

    ReplyDelete
  16. bila blog jadi salah satu penjana pendapatan.hikhikhik

    =)

    ReplyDelete
  17. SEtuju dengan Mia. Perlu pandai memilih kisah utk dicatatkan di blog walaupun perihal diri/ keluarga sendiri. Bimbang secara tak langsung akan membuka pekung di dada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak salmi... kena pandai cover juga...

      Delete
  18. betul..... setuju dgn kak mia... trafik dan popurity bukanlah segalanya.. yg penting silaturahim yg terjalin itu.

    ReplyDelete
  19. Tertarik dengan kata-kata awak "Bermula dari susah kepada senang. Bermula dari bawah barulah naik ke atas"...hehe menarik entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang kini telah pun berada di atas sebenarnya memang berasal dari bawah. kena ingat tu.. jangan lupa daratan...

      Delete
  20. semua bermula dr bawah..jadi kita akan lebih menghargai...kl tetiba naik mencanak je...tergezut plak nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiba2 naik mencanak, boleh juga turun menjunam juga... huhuhu biar sederhana...

      Delete
  21. blog personal lebih banyak cerita nak diceritakan....lebih mesra pengunjung...segala pengalaman dijadikan bahan cerita...tetapi biar berpada agar pembaca tidak bosan....kan mia

    ReplyDelete
  22. saya umpamakan maya itu Jendela Maya, kena lihat jiran maya,buat apa nak sombong dalam Jendela Maya, kena ziarah macam berjiran di kampung. LepaS baca sangat lega kerana ada blogger berpengalaman turunkan senjata. So, kita teruskan berblog secara berhemah.

    ReplyDelete
  23. setuju sgt2...blog sya persenol jga cuma kdg tu berkongsi sikit ngn org rmai pasal info2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. boleh aje. supaya pengunjung tidaklah boring sangat..

      Delete
  24. Betul...blog personal ini semacam satu diari santai kehidupan dan mungkin satu hari nanti anak dapat baca entri kita dan bagaimana kita bertranformasi .....
    Salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal ya hanif. kiranya boleh sejarah untuk tatapan generasi akan datang kalau blog yang dibina diteruskan oleh anak cucu kita nanti... huhuhu jauh betul pandangan ni..

      Delete
  25. setuju dengan kak mia... sy sayang blog sy.... sy pun sayang kat pengunjung dan pada mereka yang bagi komen... mereka sememangnya kawan luar biasa sy... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... pandai ruha hargai pengunjung. bukan senang nak pikat pengunjung sebenarnya...

      Delete
  26. Replies
    1. ;) bebas menulis dan luahkan apa sahaja tetapi mesti lah jangan melebihi batasan.. huhuh

      Delete
  27. setuju sangat. blog hana pun blng personal. Erk.. campur2 kot

    ReplyDelete
  28. yup, setuju.. sy pun prefer personal sbb bole tulis apa saja yg kita suka tapi x laa sampai citer yg terlalu personal kn, huh...

    ReplyDelete
  29. setuju kak mia part kalau blog personal lebih mesra dan dekat dgn pembacanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya shida... huhuhu kena mesra selalu ni..

      Delete
  30. mmg best kalau bebas menulis...sy ni baru belajar, jadi bila nak buat satu2 entri tu terlampau menumpukan sgt pada niche....kdg2 perasan juga ada pembaca yg berasa bosan...haha...

    lepas ni sy kena byk lagi belajar dari blog mialiana.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe. segannya mia. ni pun banyak yang mia masih perlu belajar daripada blogger2 otai yang lain...

      Delete