Memang sibuk betullah blogger Mak Dara (http://www.bicaramakdara.com) ni. Ada sahaja event yang perlu dihadiri. Cadangannya pada malam Khamis lepas (20 Disember 2012), kononnya nak melepak dan meroyan sama-sama. Tapi apakan daya hanya dapat jumpa sekejap sahaja di depan hotel. 

Jumpa pun tak lama, hanya dalam 10 minit sahaja. Kiranya dapat juga melepas rindu setelah lama tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Sempat jugalah bertanya khabar dan borak mana yang patut. Terima kasih ya Mak Dara sudi juga jumpa Mia walaupun sibuk dengan aktiviti sehingga ke malam. 

Lepas itu, Mia pun makan malam bersama Suami Mia di restoren yang berdekatan. Jalan kaki sahaja. Malas nak pergi jauh-jauh, karang tersesat pula. Sambil makan sambil tengok cerita Dendam Sarakit kat TV3...

Jom tengok gambar-gambar kami....zasss...

Mak Dara dengan Mia 

 Suami Mak Dara dengan Suami Mia... 

 Cenderahati daripada Mak Dara. Terima kasih ya.

 Menu makan malam kami.

Sate tetap tidak dilupa.

p/s : hidup betul suasana malam di kota metropolitan Kuala Lumpur ni... happening sungguh...