Alhamdulillah... rasanya Mia dah berjaya mendidik protege pertama, Eraz Fadli. Suka sangat sebab sekarang ranking blog Eraz di Malaysia telah berada di bawah 500 Alexa Malaysia.

Macam-macam halangan dan dugaan yang dihadapinya namun dia berjaya atasinya dengan tabah. Juga sanggup melayan karenah Mia yang cerewet dan teliti ini. Syabas dan tahniah diucapkan.




Apabila telah dipraktikkan semuanya, tentu akan membuahkan hasil yang menbanggakan. Memang pada mulanya Eraz rasa tidak mampu untuk laksanakan tugasan yang diberikan, tetapi berkat kesabaran Mia mendidik Eraz satu demi satu akhirnya terlaksana semuanya.

Cabaran terkuat Mia ialah Eraz bukannya blogger yang mahir dalam bab coding, seorang pegawai yang sangat komited dengan kerjayanya, baru bergelar papa dan sesi didikan hanya melalui online kerana Eraz berada jauh di Kelantan.

Usaha, konsisten dan kerajinan yang ada pada Eraz yang memikat hati Mia untuk memilih Eraz sebagai Protege Pertama Mia pada awal tahun ini.

Nasihat Mia... teruskan berblog dan jangan lupa untuk praktikkan ilmu blog yang telah dicurahkan.

syukur sangat...

posted from Bloggeroid