Tempohari Mia ada buat entri di SINI tentang Sofea yang kena buli di rumah pengasuh. Pada masa itu, Mia agak stres dan susah hati. Setelah berbincang dengan Sofea, ternyata Sofea sudah tidak mahu lagi dihantar ke mana-mana rumah pengasuh. Nampaknya dia serik. Tak mahu kena buli lagi.




Mia pun dah fikir masak-masak dan buat keputusan untuk menghantar Sofea ke taska berdekatan dengan tempat kerja Mia. Minggu depan akan mula hantar ke taska... Syukur, moga Sofea dapat sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru nanti.

dah tunjukkan taska itu pada Sofea.. nampaknya dia suka.....