Pernah tak anda alami keadaan di mana anda benar-benar tiada mood untuk pergi kerja? Bila pergi kerja pun... rasa malasnya nak buat kerja.

Banyak sebab yang membuatkan kita berasa demikian. Antaranya..

Bila kerja terlalu lama bertahun-tahun tanpa ada kenaikan pangkat walaupun kertas penstrukturan semula organisasi telah dibuat tapi tidak diendahkan.

Bila buat kerja macam nak mati tapi hasil kerja tidak dihargai malah orang lain pula mengaku kerja dia bila hasil kerja itu dipuji orang atasan.

Bila boleh buat kerja dengan cemerlang. Asyik disuruh buat kerja sahaja. Orang lain duduk goyang kaki lenggang kangkung. Stres bukan main kepalang.

Bila ada berlaku kesilapan dan perbalahan tentang kerja, asyik dipersalahkan kerana membuat kerja tersebut.

Bila bos tak sayang dan tak jaga kebajikan anak buah dan asyik pentingkan diri sendiri. Anak buah terkapai-kapai untuk menyiapkan kerja dan buat keputusan penting.

Bila orang lain di tempat kerja melakukan kesalahan besar tetapi tiada tindakan dibuat kerana satu kroni dengan orang atasan.

Bila orang atasan gila kuasa sibuk nak naikkan diri sendiri tanpa memikirkan hak anak buah di bawahnya untuk peningkatan kerjaya di dalam organisasi yang sama.

Maka ianya akan menjurus kepada ini..




Sedihnya... Siapa yang salah sebenarnya? Kalau asyik nak mc, cuti, menular tiada di pejabat, buat aktiviti lain di waktu kerja, pergi kerja lambat, malas buat kerja, benci pada bos, mengumpat bos, tidak hormat bos, bergaduh di pejabat, jatuh sakit tiba-tiba dan yang paling sukar untuk diperkatakan sekali ialah berhenti kerja.

itulah hakikat sebenarnya... jangan salahkan anak buah tanpa usul periksa...

posted from Bloggeroid