Jom Sokong Produk Keluaran Muslim Tanpa Masuk Campur Urusan Boikot Produk Kaum Lain

Umum diketahui bahawa produk keluaran muslim adalah dijamin halal tanpa diragukan. Mia dan keluarga Mia sendiri menggunakan produk keluaran Muslim. Pastinya ada tanda logo halal. Sebagai seorang muslim kita patut menyokong dengan membeli produk keluaran muslim yang berada di pasaran. Kini banyak barangan keluaran Muslim boleh senang didapati di Mydin, Giant Hypermarket, Tesco, pasaraya, kedai runcit dan lain-lain lagi. Cuma yang Mia kurang berkenan bila sana sini panas dengan isu Boikot Produk Cina DAP hinggakan Mia terfikir, yang buat kempen tu bagus tapi yang tukang panaskan tu dah kenapa?

Mia suka ada kempen sokong produk begini sebab boleh beri kesedaran untuk kita makin bantu ekonomi Islam tapi janganlah sehingga boleh timbul pergaduhan.

Tak caya Mia ni salah seorang pengguna barangan produk keluaran muslim? Haa.. ni dia antara barangan yang digunakan oleh keluarga Mia. Maklumlah malam tadi balik kampung. Jadinya Mia susunkan dan snap gambar sebagai tanda sokongan. Yeahhhh...

Kicap, minyak masak, kordial oren, sos tomato keluaran Jalen dan krimer susu keluaran Saji.

Tepung gandum Faiza, rempah kari dan sup Adabi serta ubat gigi Mukmin.


Sokong Barangan Muslim Dah Lama Untuk Bantu Peniaga Islam

Bila menggunakan produk keluaran muslim, kita akan rasa selamat dan yakin. Bantu sesama orang muslim untuk menaikkan jenama produk mereka. Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada kejayaan saudara sesama Islam.

Cuma Mia kadang-kadang rasa terkesan juga bila nama produk banyak yang seakan nama Muslim. Bila angkat dan lihat pada label eh rupanya keluaran company kaum lain. Kat sini Mia rasa sedih sikit sebab dah boleh buat Mia keliru. Hajat hati pilih sebab nak bantu pengusaha produk Muslim dah tak terlaksana dek kerana tersalah sangka.

Pada Mia, sebagai pengguna kenalah bijak. Sebelum nak beli apa-apa tu sila baca pada label dan lihat siapakah pengeluarnya juga. Jangan hanya tengok pada tanda Halal dan tarikh luput saja semata-mata. Ini barulah cara pengguna produk muslim yang betul. Tak payah nak tunggu ada kempen boikot dan sokong begini baru nak amal.

Yang pasti kita sokong produk muslim bukan kerana nak bergaduh dengan kaum lain. Kita sokong untuk bantu naikkan ekonomi produk Muslim kerana Pengusaha produk keluaran muslim sudah pastinya akan membayar zakat atas keuntungan perniagaan yang diperolehi. Sekaligus ianya menambah barokah kepada semua muslim yang terlibat dalam perniagaan ini. Yang penting nasib golong asnaf akan terbela dengan bantuan zakat yang diterima.


Ekonomi Peniaga Muslim Kurang Mungkin Disebabkan Isu Publisiti Juga

Mia turut perasan, produk keluaran Cina mereka memang berani dalam buat marketing. Semua cara mereka guna. Media sosial termasuk TV tu dah macam senjata utama untuk mereka berniaga sehingga laku produk masing-masing. Bagi Mia, dari dok pong pang sibuk ajak boikot meh kita sama-sama pong pang tambahkan sokongan dan dalam masa yang sama si peniaga tu sendiri kena cepat ambil tindakan! Kuatkan lagi marketing!

Contoh Mia kasi, ambil cara Dato Alif Shukri berniaga. Macamana dia boleh naik dari hanya jual di pasar malam. Ambil juga contoh cara jenama Islam produk lain seperti Rempah Mak Siti, Yusoff Taiyoob, Faiza dan lain-lain. Mereka ni guna kuasa internet tau untuk lariskan produk.


Satu lagi contoh si Datuk Seri Vida yang hot dengan warna pink tu! Haa.. sampai ke Youtube dia punya kaedah untuk naikkan nama company. Mia takde la suruh buat video bukan-bukan cuma nak cakap kat sini marketing yang mereka guna pakai tu memang terbaik. Datuk Seri Vida sendiri siapa tak kenal dengan tagline 'I AM ME' dia tu.


Contoh lain mungkin boleh guna cara company Das Abdul Global (DAG) yang popular dengan tagline "Bantal Hotel 7 Bintang!". Mia sendiri terkejut bila lihat iklan dia sepanjang highway! Mula-mula nampak dulu Mia ingatkan gambar lelaki peluk bantal tu model je, rupanya owner sendiri. Tak segan langsung dia ambil gambar peluk bantal dengan nampak comel macam tu!


Makin terkejut bila Datuk Seri Vida dan Das Abdul Global (DAG) ni sama-sama pengusaha bumiputra Islam kelahiran Kelantan. Bangga betul bila ada wakil jenama org melayu begini. Patutlah dari dulu ramai yang cakap anak muda Kelantan ni pandai-pandai dalam berniaga. TAPI! Bila dah untung jangan lupa bayar zakat pula ya? Kesian golongan asnaf di luar sana.

Ironinya, tak perlulah timbulkan isu boikot produk Cina DPA. Jangan hangatkan lagi keadaannya. Sedangkan ianya dah lama. Bertukarlah kepada sudut positif. Sokong saja produk keluaran muslim. Jangan main cakap saja. Buktikan dengan terus beli dan guna. Kempen dimulakan dari rumah dahulu.

Pokok pangkalnya.. tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Sokonglah produk keluaran Muslim tanpa perlu memboikot dan memburukkan produk lain. Biarlah secara sihat tanpa menyentuh isu perkauman. Rakyat Malaysia berbilang kaum dan bangsa. Cintai dan sayangi Malaysia yang merdeka.


** kempen sokong produk keluaran muslim..... jom kita support ramai-ramai....


Post a Comment

11 Comments

  1. bantal das abdul ni memang da banyak nampak iklannya..kadang nampak diorang bukak je carboot sale tepi2 jalan...bagus usaha diorang...jom support sama2!

    ReplyDelete
  2. Memang sepatutnya begitulah, benda ada halal buat apa nak beli yang meragukan. Sis pun pakai barang dapur banyak yang produk muslim kita juga Mia. Tapi bila dah ada kempen macam ni, lagi bagus supaya semua alert benda ni.
    Yang bantal tu Sis dah ada 2, jiran dalam taman ni jual.

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan barangan rumah saya pun dari produk muslim lebih yakin, InshaAllah. Bantal DAG ni memang dah lama nak cuba,cuma belum ada rezeki lagi nak beli.

    ReplyDelete
  4. Betul..kalau tidak kita yang menyokong siapa lagikan..

    ReplyDelete
  5. betul..kita guna je apa yg kita rasa halalan toyiban. tak perlu nak panaskan line. bukan ke itu akan memecahbelahkan bangsa. Pada ammi ada je orang Cina dan India yg baik

    ReplyDelete