December 2011

Saturday, December 31, 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com - Sticky Post


Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011


Bermula dari saat ini, tika ini dan detik ini segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com dibuka untuk penyertaan sehingga 11.59 malam 31/12/2011 (sebelum countdown tahun baru 2012).

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com
  3. Sila copy coding segmen ini dan masukkan ke dalam entri tersebut (Klik pada coding di bawah dan tekan Ctrl + C untuk copy).



  4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda.
  5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjerit supaya senang nak tinggalkan jejak.
  6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking.
  7. Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri ini.

Senang bukan? Tidak perlu tag sesiapa. Semua blogger yang menepati semua syarat-syarat di atas akan disenaraikan dalam Ruangan Mia's Active Bloggers' List mengikut group yang disediakan.

Senarai ini akan memudahkan Mia untuk blogwalking dengan pantas dan yang paling menariknya, ia juga dapat dikongsi bersama dengan pengunjung-pengunjung lain blog ini.

Eh! Tak rugi lah. Tunggu apalagi.... Jom.....

Entri yang berkaitan :

p/s: Entri sticky post ini telah dimasukkan pada 25/12/2011 jam 5.19 pagi.
Read more / Baca Lagi >>>

Hari Ini Hari Ke 7 (Terakhir) - Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com



Setakat ini sudah ada 103 penyertaan seperti yang dipaparkan dalam Entri Peserta Segmen dan hanya ada 4 orang peserta yang entrinya masih belum lengkap lagi. Di harap peserta-peserta tersebut dapat membetulkan kesilapan sebelum 11.59 malam nanti (sebelum countdown tahun baru 2012). Mia telah pun komen di shoutbox dan sila rujuk entri Komen Entri Tidak Lengkap


Syukur sangat. Segmen ini mendapat sambutan yang memberansangkan. Mia amat alu-alukan mana-mana blogger sama ada blogger baru ataupun lama.

Kepada yang ingin join segmen ini, silalah rujuk terlebih dahulu entri-entri segmen yang berkaitan supaya tidak berlakunya kesilapan semasa membuat entri segmen ini. 

Cepat.... jangan terlambat. Penyertaan hanya akan diterima sebelum 11.59 malam ini. Jommmmmm....

p/s: selepas segmen tamat, Mia akan umumkan Entri Terkreatif dan Entri Terbaik dari peserta segmen pada hari esok. Tunggguuu....
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, December 30, 2011

Kelebihan Surah-Surah Pilihan



Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……  amin...

Dikatakan :-


  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Sumber : Emel

p/s: rajin-rajin lah kita beramal....
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, December 29, 2011

Segmen - 5 Blog Paling Diminati 2011.. By Nizam Ijam



Mia telah dijemput oleh Nizam Ijam di twitter untuk join segmen ni. Untuk tidak menghampakan rakan blogger Mia ini yang hanya Mia kenali di alam maya, Mia pun buat lah entri ni. Nizam Ijam merupakan blogger aktif yang rajin update blog dan blogwalking...


5 blog yang paling Mia minati, lawati, hayati di sepanjang tahun ini ialah.....






Sudi-sudikanlah singgah blog-blog yang Mia paling minati ini ya.... Memang best dan tip top, peramah dan mesra dengan mereka.

Seterusnya Mia hendak tag Mama Tunz, Cik Suzlin, Mrs Adam dan Izan Ishak untuk segmen ini. Harap dapat menyambung riwayat segmen ini kepada blogger lain pula.
Read more / Baca Lagi >>>

Kontroversi Shoutbox Di Blog Kak Pah Telah Selesai



Ada sedikit kontroversi telah berlaku apabila peserta Kpah K-Poh yang juga dikenali sebagai Kak Pah, deejay GomoFM dimasukkan ke dalam Group 1. Mia sebenarnya tidak terfikir dan kisah sangat pasal hal ini sebab Kak Pah memang ada shoutbox pun.

Masalahnya sekarang ini, ada komplen skit dari beberapa blogger menyatakan blog Kak Pah tiada shoutbox tetapi ada shoutbox di blog lain. Jika mahu shout terpaksalah pergi ke blog ShoutHere. Ini bermakna semua peserta segmen mendapat 1 trafik tetapi Kak Pah mendapat 2 trafik dan berlakunya ketidakadilan. 

Mia ingin minta maaf banyak-banyak kepada Kak Pah kerana dengan menyertai segmen ini, Kak Pah terpaksa meletakkan shoutbox di blog utama bukan lagi di blog ShoutHere. Terasa begitu bersalah sangat di dalam hati ini. Pengorbanan yang begitu besar sekali dan Mia amat hargainya.

Kak Pah telah buat entri memohon maaf pada hari semalam di sebelah pagi, MAAF KEKELIRUAN TENTANG KOTAK SHOUT dan penjelasan lebih lanjutnya di sebelah petang pula, SELESAI SUDAH.

Terima kasih di atas penjelasan Kak Pah. Mia ingin minta maaf di atas segala kesulitan yang dialami ketika join segmen Mia ni. Harap Kak Pah dapat terima semua ini secara membina dan positif.

p/s: Kak pah memang terbaeeeekkkkk!
Read more / Baca Lagi >>>

Hari Ke 5 - Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com



Sehingga setakat ini, di hari ke - 5 selepas segmen ini dibuka, Mia telah menerima sebanyak 70 penyertaan. Wow! Banyak ni... kiranya dah mencapai target Mia yang pada mulanya nak 50 blogger sahaja. Terima kasih banyak-banyak di atas sambutan hangat ini.

Ada juga penyertaan yang tidak lengkap dan Mia dah maklumkan di shoutbox blogger yang berkenaan untuk diubah semula sebelum segmen ini tamat. Masih ada masa lagi, jangan risau. Fikir positif. Yang penting kita belajar dari kesilapan yang lalu. Kalau tidak tahu, tanyalah Mia ya... 


Jenuh juga nak membelek-belek satu persatu blog dan bahagikan kepada group. Seronok juga dapat baca entri-entri yang ada dalam blog peserta segmen. Hanya entri penyertaan segmen yang lengkap sahaja akan dimasukkan ke dalam group.

Semua peserta adalah blogger yang aktif apabila telah menyertai segmen ini secara tidak langsung. Masing-masing dapat tahu pun daripada blogwalking. Sebab itu Mia tidak syaratkan untuk buat sticky post entri atau pun tag blogger lain.

Kepada yang berminat di luar sana, cepat-cepat lah join ya... kalau terlepas peluang ini, kena tunggu tahun hadapan pula...

p/s: aktifkan diri anda dengan blog...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, December 28, 2011

Birthday Giveaway




* Giveaway nie dibuat sempena besday zai 6dec lepas.

*Syarat2:
*Jadi followers blog ZaiKuLiM dan juga

sponsor1:
*Dan hadiahnyer:


sponsor2:
*Dan hadiahnyer:


sponsor3:
Tupperware Promotion With The Lowest Price Ever!!
*Dan hadiahnyer:


sponsor4:
*Dan hadiahnyer:
- go green bag tupperware 1 unit
- handmade 2012 planner 1 unit

sponsor5:

*Dan hadiahnyer:


sponsor6&7:

*Dan hadiahnyer:
Akan diupdate nanti!!!

Wajib letak link sponsor kat entry dan banner kat side bar masing-masing.
* Tag kawan-kawan yang nak sertai
* Tinggalkan link di ruangan comment supaya senang zai nak semak..

* GA berlangsung dari 8dec-31 dec 2011..
* Cabutan akan dibuat bagi menentukan 5 orang pemenang.Hadiah akan diupdate.


Mia telah di tag oleh Scarlett dan entri giveaway di sini http://zaiikulim.blogspot.com/2011/12/birthday-giveaway.html. Sebab itulah Mia join GA ni. Banyak juga syarat-syaratnya, tapi  join aje la. Meriahkan lagi giveaway ini... Mia nak tag Kak Yong, Aku Budak Kampung dan Milly Molly...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, December 27, 2011

Buat MyKad Baru Di Jabatan Pendaftaran Negara, Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru




Sempat juga nak update blog, sementara melepak-lepak di Mak Ungku Cafe. Mia berada di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di Taman Setia Tropika, Kempas. Ramai betul orang kat sini. Macam-macam ragam dan macam-macam karenah. Tempat parking pun sesak...

Mia nak buat MyKad baru menggantikan MyKad lama yang dah rosak. Kena bayar RM 10.00. Cuti hari ini. Dah lama tak terbuat, cuma hari ini sahaja baru sempat. Suami Mia pula nak tukar alamat dalam MyKad juga. Ambil no giliran tadi, pukul 11.54 pagi. Tak tahu lah nak buat apa lama-lama kat sini. Tempat duduk dah penuh kat Bahagian Kad Pengenalan, Blok 2.

Mungkin silap tarikh, tapi tidak mengapalah. Tunggu.. dan terus menunggu....

Jom tengok gambar masa Mia ambil jam 2.00 petang tadi. zassss..






p/s: jenuh juga nak menunggu.... lagi 15 minit nak pergi naik atas semula... lepak atas pula...
Read more / Baca Lagi >>>

Segmen Rerama Berterbangan - Jan 2012



Rama-rama berterbangan ke sana sini, menyinggah dari satu blog ke satu blog yang lain. Hmmm... Kak Yong telah pun ajak Mia untuk join Segmen rerama berterbangan - Jan 2012. Minat betul Kak Yong ni pada rama-rama.


Senang ajer syaratnya :

  1. buat satu entri.. tajuk bebas.. 
  2. tampal banner di atas ni dalam entri & backlink kan ke entri ini
  3. suka hati nak follow blog ini atau tidak.. tapi yang ada twitter tu, sudi-sudi lah follow ya.. Ibu3A
  4. LIKE FB Laman Kakyong[dot]com
  5. ceritakan 5 fakta tentang diri anda @ blog anda.. bukan auta yer... nak berkenalan kenalah beri fakta yang sohih
  6. masukkan blog kakyong.com dalam bloglist kome
  7. dah siap n3.. sila tinggalkan link entri (permalink) dalam kotak komen sini.
5 fakta tentang Mia
  1. Ibu kepada seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun 4 bulan
  2. Seorang pelajar tahun akhir Bachelor of Information Technologi di Open University Malaysia
  3. Suka sangat dengan blog. Kalau boleh semuanya nak dicerita dalam blog
  4. Suka makan tomyam dan kuih karipap
  5. Bekerja di sektor kerajaan.
Kepada sesiapa yang nak join, silalah join ya segmen ini..... Menambahkan kenalan di dunia blog. Dunia tanpa sempadan.
Read more / Baca Lagi >>>

Giveaway by Pycha and Eryno


Mia cuba je join Giveaway by Pycha and Eryno memandangkan telah di tagged oleh Lieyana. Terima kasih ya... terharunya...

Syarat-syarat nak join Giveaway ni :


  1. Only for bloggers and warganegara Malaysia. 
  2. Follow blog Pycha and Eryno. Wajib, cz senang uolls nak tahu perkembangan.
  3. Buat satu entry, tak kisah panjang or pendek with title "Giveaway by Pycha and Eryno" And the important is, letak banner ok gaiss!
  4. Link kan entry yg korang dah buat ke comment box Pycha or Eryno.
  5. Tag 2 bloggers  and make sure mereka tahu. Lagi ramai lagi bagus :)
  6. Wajib like/follow semua page/blog sponsors. 


Semua syarat-syarat di atas telah pun Mia buat. Fiuhhh jenuh juga lah nak like/follow tapi selesai juga.

Tarikh tutupnya adalah pada 31 Disember 2011. Pemilihan dibuat secara lucky draw.

Hmmm... kena tag 2 orang. Mia nak tag Mama Tunz dan Scarlett.
 
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, December 26, 2011

Komen Tentang Entri Peserta Yang Tidak Lengkap



Alhamdulillah, Mia syukur sangat sebab Segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com mendapat sambutan yang menggalakkan. Senanglah nanti Mia dapat blogwalking dengan pantas pada tahun 2012 begitu juga dengan pengunjung-pengunjung blog ini.

Namun begitu ada juga entri peserta segmen yang tidak lengkap dan tidak menepati kehendak segmen.

Output Banner Segmen Yang Lengkap
(Sumber : Blog Mak Dara)

Banner segmen yang tidak lengkap / tiada

Coding telah Mia sediakan. Sila copy coding dengan menekan Ctrl + C untuk copy dan paste kan ke dalam entri anda (Pilih tab Edit HTML bukannya Compose). Selepas paste, sila klik Compose dan output mesti tetap sama seperti banner dan 2 baris tulisan untuk segmen ini. 

Paste kan di ruangan Edit HTML seperti di bawah :
      Klik pada gambar untuk besarkan
Klik di ruangan Compose. Output banner akan keluar seperti di bawah :
    Klik pada gambar untuk besarkan

Tiada ayat / Ayat pendek sangat hanya beberapa perkataan

Tambahlah ayat-ayat sedikit untuk war-warkan segmen ini kepada pengunjung blog atau pun boleh copy sahaja terus syarat-syarat segmen.


Tajuk entri salah

Ada juga yang tersalah eja nama Mialiana.com. Memang kadang-kadang bila menaip boleh ada kesilapan typo. Ada pula yang letak tajuk yang berlainan. Tajuk entri mestilah Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com


    Entri Peserta Segmen akan menyenaraikan semua entri peserta segmen sama ada lengkap atau pun tidak. 

    Untuk peserta yang entrinya masih belum lengkap, Mia telah pun beritahu dalam shoutbox masing-masing. Nanti ubah ya, sebelum segmen ini tamat. Jangan susah hati, masih sempat lagi nak betulkan entri.

    Kepada peserta yang tidak menerima apa-apa komen di shoutbox, maksudnya entri anda adalah lengkap.

    Mia amat hargai semua entri penyertaan. Setakat ini semuanya blogger yang aktif. Sekurang-kurangnya update blog dalam seminggu dan tidak membiarkan blog bersarang. Juga sekurang-kurangnya rajin blogwalking walaupun satu hari, beberapa blog sahaja dapat dikunjungi.

    p/s: fikir positif dan jangan kecil hati ya... kalau malu bertanya, sesat jalan...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Sunday, December 25, 2011

    Entri Peserta Segmen


    Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi join segmen Pencarian Blogger Aktif ini. Anda memang sporting habis. Sukanya Mia... Macam-macam bentuk entri yang telah dihasilkan.

    Diharap kepada yang belum tukar kepada shoutbox baru (untuk blog yang menggunakan Shoutmix) sila tukar kepada shoutbox lain.


    1. Aku Budak Kampung - Entri  lengkap
    2. Scarlett O'Hara  - Entri  lengkap
    3. Kpah K-Poh  - Entri  lengkap
    4. Masz86  - Entri  lengkap
    5. Tunz  - Entri  lengkap
    6. Niena Sofea  - Entri  lengkap
    7. Nurmujahidah  - Entri  lengkap
    8. Nur-nba  - Entri  lengkap
    9. WaKiWa  - Entri  lengkap
    10. Kak Yong  - Entri  lengkap
    11. Nabila Medan  - Entri  lengkap
    12. Gadis Bibir Seksi  - Entri  lengkap
    13. Mak Dara  - Entri  lengkap
    14. Eza Boom Boom  - Entri  lengkap
    15. Pezol Stylez  - Entri  lengkap
    16. Rozuan Ismail  - Entri  lengkap
    17. Nurul Ezzatie  - Entri  lengkap
    18. Caliph Shuriken  - Entri  lengkap
    19. Milly Molly - Entri  lengkap
    20. Azmi Khan - Entri  lengkap
    21. Mr Cool & Mrs Kepoh  - Entri  lengkap
    22. Lin Azlina  - Entri  lengkap
    23. Abg Feroz  - Entri  lengkap
    24. Cik Suzlin  - Entri  lengkap
    25. Cik Rose Cute  - Entri  lengkap
    26. Razif Mokji  - Entri  lengkap
    27. Miss Banu  - Entri  lengkap
    28. Tiera  - Entri  lengkap
    29. Ummi Anum  - Entri  lengkap
    30. Fyka Shafie  - Entri  lengkap
    31. Mizz Miza  - Entri  lengkap
    32. Fyfy Liew  - Entri  lengkap
    33. Diana  - Entri  lengkap
    34. Muaz Faris  - Entri  lengkap
    35. Nisa Greennnpanda  - Entri  lengkap
    36. Sweet Pink Kitty  - Entri  lengkap
    37. Izan Ishak  - Entri  lengkap
    38. Mrs Adam  - Entri  lengkap
    39. Pretty Write  - Entri  lengkap
    40. IsmailDotCom  - Entri  lengkap
    41. Dean  - Entri  lengkap
    42. Wardah Alisya  - Entri  lengkap
    43. Athira Husna  - Entri  lengkap
    44. Nur Ayuni - Entri  lengkap
    45. Amira Nadia - Entri  lengkap
    46. Arra Ahmad - Entri  lengkap
    47. Daus Hye - Entri  lengkap
    48. Miss Malyne - Entri  lengkap
    49. Aku Mad  - Entri  lengkap
    50. Oshin  - Entri  lengkap
    51. Ciwty Sajjeh  - Entri  lengkap
    52. Mohamad Azizi  - Entri  lengkap
    53. Muhammad Syafiq  - Entri  lengkap
    54. Wan Blur  -   Entri  lengkap
    55. Cyber Teknologi  - Entri  lengkap
    56. Oja Alia  - Entri  lengkap
    57. Cerita Best  - Entri  lengkap
    58. Narniey Barniey Lurviey  - Entri  lengkap
    59. Zie Fauzi  - Entri  lengkap
    60. Qas  - Entri  lengkap
    61. Normie Nieza  - Entri  lengkap
    62. Kimmie  - Entri  lengkap
    63. Fiqah Hamed  - Entri  lengkap
    64. Yqnq Ellyana - Entri  lengkap
    65. Qaisara Mukhiisa -  Entri  lengkap
    66. Nurul Liyananina - Entri  lengkap
    67. Kutooo Bambooo / Ericoanaci -  Entri  lengkap
    68. Aina Mohd Fauzi - Entri  lengkap
    69. Alya The Eve -   Entri  lengkap
    70. Miss Lovouis - Entri  lengkap
    71. Fana Aqim  - Entri  lengkap
    72. Nurul Hanif  - Entri  lengkap
    73. Cik Anyss' - Entri  lengkap
    74. Ummi Arissa  - Entri  lengkap
    75. Illafirra - Entri  lengkap
    76. G@D!z$ -  Entri  lengkap
    77. Wanni   -  Entri lengkap
    78. Ceciter  -  Entri lengkap
    79. Are Q!Lah  - Entri tidak boleh dibuka
    80. Garra   -   Entri  lengkap
    81. Ummi Myra  -   Entri  lengkap
    82. Love Mimu  -   Entri  lengkap
    83. Nizam Ijam   -   Entri  lengkap
    84. Sharina's Diaries   -   Entri  lengkap
    85. Nor Zilla  -   Entri  lengkap
    86. Cik Yuyun  -   Entri  lengkap
    87. Cik Tasya  -   Entri  lengkap
    88. Hafyamny  -   Entri  lengkap
    89. Ayuna Ayuni -   Entri  lengkap
    90. Miss Nadrah  -   Entri  lengkap
    91. Fieda  -   Entri  lengkap
    92. Syazwani Mazlan -   Entri  lengkap
    93. Cek Pipah -   Entri  lengkap
    94. Eira Adiera -   Entri  lengkap
    95. Nur Aimi Nabilah  -   Entri  lengkap
    96. NoorHafiy Budax Lanun -   Entri  lengkap
    97. Elon Noor -  Entri  lengkap
    98. Tarwiyah Life -  Entri  lengkap
    99. Syamimi Ramli -  Entri  lengkap
    100. Pak Teh -  Entri  lengkap
    101. Cik Pjaz  -  Entri  lengkap
    102. Tyra  -  Entri  lengkap
    103. Eiqa Azra  -  Entri  lengkap
    104. Dodol DotCom  -  Entri  lengkap
    105. Dieyna - Entri lengkap
    106. Mr. E'raz Fadli - Entri tidak lengkap. Tiada ayat war-warkan kepada pengunjung.
    107. Nur Najwa - Entri lengkap
    108. Mohd Billy - Entri lengkap
    109. Life Cik Anis - Entri lengkap
    110. Shahdiana - Entri lengkap
    111. Dbb - Dimasukkan pada 5 April 2012. Tambahan blogger.
    p/s: akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga jam 11.59 malam 31 Disember 2011.
    Read more / Baca Lagi >>>

    Bubur Lambuk Di Pagi Krismas


    Mia dan Suami Mia balik kampung di Batu Pahat malam tadi. Sofea pula memang dah balik kampung lebih awal diambil oleh Ayah Mia. Sepanjang perjalanan hujan, dan kereta dipandu ala-ala santai. Ayah Mia pula  memang bercadang masak bubur lambuk untuk hidangan kami sekeluarga.Dah lama rasanya tak merasa bubur lambuk. Adik-adik Mia semuanya balik. Riuhya bila berkumpul dan banyaklah cerita yang diborakkan.

    Resepi dari ayah Mia. Lokasi di dapur rumah keluarga Mia. Masak bubur lambuk ibarat seperti masak bubur biasa cuma tambah bahan-bahan lain di dalamnya. 

    Mula-mula panaskan minyak dan masukkan rempah tumis, hirisan bawang putih, bawang besar, halia, rempah soto dan sedikit lada sulah. Bila naik bau, masukkan daging kisar. Kemudian masukkan air secukupnya dan rebus sehingga daging kisar empuk. Bila empuk masukkan beras yang telah dicuci, kacang-kacang, jagung dan sayur-sayur campuran (sayur dipotong kecil). Kemudian masukkan serai yang telah dititik dan daun pandan.

    Bila nasi sudah menjadi bubur, masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Hidangkan bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedap lagi dimakan dengan sambal kicap.





    p/s: kenyang... jemputlah datang rumah untuk makan...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Saturday, December 24, 2011

    Preview Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com


    Pencarian Blogger Aktif
    Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
    25/12/2011 hingga 31/12/2011


    Mia nak beritahu esok akan bermula segmen Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com selama 7 hari sehingga 31 Disember 2011. 

    Sebelum ini ada juga blogger yang telah buat segmen seperti ini bagi memudahkan urusan blogwalking iaitu Wak Ron dan Feroz. Mia buat ni pun juga untuk memudahkan Mia buat blogwalking ke blog rakan-rakan dan juga sebagai kemudahan semua pengunjung blog ini untuk terjah dan berkenalan dengan mereka. 

    Untuk lebih jelas lagi, blogger-blogger yang masuk segmen ini akan disenaraikan mengikut group. Setakat ini Mia bercadang nak letak 5 blogger dalam satu group. Jadi yang internet slow pun boleh blogwalking pelan-pelan. Seterusnya, bila klik link group itu nanti, secara automatik akan membuka 5 blog terus. Tunggu sekejap sehingga habis loading dan mulalah tinggalkan jejak di shoutbox ataupun ruangan komen.

    Untuk masuk segmen ini, Mia ada nyatakan beberapa syarat yang mudah, diharap semua blogger yang nak join ni sporting dan bersetuju untuk sesi review nanti.

    Opppsss! Segmen ini tiada hadiah. Blogger yang menepati syarat sahaja akan tersenarai dalam ruangan Mia's Active Bloggers' List nanti. Kalau nak... join ya....

    p/s: jom terjah blog Wak Ron dan Feroz sekejap....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Friday, December 23, 2011

    5 Waktu Dan Azab Allah




    Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

    Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
    “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
    Lalu para sahabat bertanya,

    “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
    Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
    1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
    2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
    3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
    Maka inilah balasannya.

    6 seksa di dunia
    1) Allah mengurangkan berkat umurnya
    2) Allah memanyahkan rezekinya
    3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
    4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
    5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
    6) Allah tidak akan menerima doanya

    3 seksa hadapi maut
    1) Mati dalam keadaan amat dahaga
    2) Mati dalam keadaan lapar
    3) Mati dalam keadaaan hina

    3 seksa di dalam kubur
    1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
    2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
    3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

    3 seksa dipadang mahsyar
    1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
    2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
    3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang
    4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras

    Dosa Meninggalkan Solat

    Dosa meninggalkan solat subuh
    Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia

    Dosa meninggalkan solat zohor
    Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam

    Dosa meninggalkan solat asar
    Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)

    Dosa meninggalkan solat maghrib
    Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri

    Dosa meninggalkan solat isyak
    Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.

    Ampunilah kami Ya Allah...

    sumber : emel

    p/s: bersama-samalah kita saling ingat-mengingati....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Thursday, December 22, 2011

    Bye... Bye... Shoutmix...



    Shoutbox expiring... Mesej yang tertera di atas kotak Shoutmix. Servis percuma Shoutmix akan ditutup tidak lama lagi. Ramai blogger sudah bertukar kepada shoutbox lain. Baru sekarang, Mia ada masa untuk tukar kepada shoutbox baru. Bye... bye... shoutmix... 

    Cari punya cari. Belek punya belek akhirnya Mia berkenan pada iShoutbox. Amat menepati citarasa Mia. Janji free dan pengunjung boleh jerit puas-puas kat sini sambil meninggalkan jejak.


    Mia dengan gembiranya ingin umumkan blogger pertama yang merasmikan shoutbox baru Mia ini.... jeng..jeng..jeng... Mama Tunz pemilik http://tunzhotspot.blogspot.com. Terima kasih diucapkan kerana sudi merasmikan shoutbox baru Mia ini. So sweet....


    p/s: Mama Tunz rajin singgah di blog Mia dan merupakan seorang guru... jom berkenalan dengan guru yang peramah dan mesra ni....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Untuk Yang Teristimewa



    Apalah makna hidup ini
    Andai suami tiada di sisi

    Apalah makna kasih yang dimiliki
    Andai diri tidak dicintai

    Hadirnya membawa suka dan duka
    Ibarat nyawa disambung semula

    Kejayaan dikecapi dikongsi bersama
    Kesusahan dihadapi ditempuhi jua

    Cinta sejati, cinta abadi
    Kekal selamanya di sanubari

    Hanya dia yang satunya
    Mewarnai hidup ini seadanya

    Moga diberkati dan dirahmati
    Hingga ke penghujung tiada henti

    -mia liana-

    Seterusnya, Mia ingin tujukan lagu Beribu Sesalan ini buat Kak Pah dan Mak Dara. Terima kasih untuk segalanya...


    p/s: suka sangat lagu Beribu Sesalan ni... cuba bayangkan kalau Mia, Kak Pah dan Mak Dara yang karaoke lagu ni... layansss... (entri syok sendiri - puisi Mia untuk hargai insan yang bergelar suami, tidak ada kena mengena dengan lagu ini)
    Read more / Baca Lagi >>>

    Wednesday, December 21, 2011

    Mialiana.com Dalam Senarai Blogwalking 2012 by JiwarOsak



    Alhamdulillah, entri Mia semalam, Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak telah pun diterima dan sempat join segmen Feroz. Senanglah nanti bagi sesiapa yang nak blogwalking, hanya perlu klik link group dan secara automatik akan buka 10 blog terus di tab baru. Mudah dan senang.... 

    Blog Mialiana.com telah pun tersenarai dalam group Blogger 81-90. Mia ucapkan terima kasih pada Feroz yang ada inisiatif sendiri untuk bantu blogger dengan cara blogwalking ini. So sweet...

    Kepada semua ahli-ahli blogger Blogwalking 2012 by JiwarOsak, Mia nak ucapkan selamat berkenalan dan jangan serik untuk datang ke blog Mia lagi selepas ini...

    p/s: Mak Dara pun sama satu group dengan Mia.....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Tuesday, December 20, 2011

    Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak



    Rasanya macam hampir terlambat sahaja Mia nak join segmen Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak. Ramai betul yang dah join. Ni pun Mia antara 5 yang terakhir. Tak perlu lagi nak tag blogger lain.

    Dapat tahu pun tadi.. 3 jam lepas di Facebook...


    Kebaikan Blogwalking 2012 by JiwarOsak
    1. Anda dapat backlink dari blog jiwarosak.com
    2. Sememangnya list ini akan saya gunakan utk blogwalking 2012
    3. List blogwalking ini akan di share utk kegunaan group
    4. Blogger saya di PORT BLOGGER (2875 members)
    5. List ini akan di letakkan di side blog saya
    6. Untuk kegunaan pelawat yang datang
    Walaupun tarikh tutup segmen ini pada 1/1/2012, tetapi pada hari ini 20/12/2012 sudah hampir penuh. Tahniah diucapkan kepada Feroz kerana telah membuat segmen ini dengan jayanya.
    Read more / Baca Lagi >>>

    Ye.. ye.... Leganya Dah Habis Final Exam Semester September 2011


    Ye.. ye.... Leganya, terasa lapang benar dada ini tatkala habis final exam untuk paper Accounting Information System tadi. Ucapkan "Selamat Tinggal Pada Semester September 2011". Hati di dalam melompat-melompat kegembiraan. Beban yang berat telah pun hilang. Syukur, alhamdulillah...


    Mia dengan Rehana

    Bila keluar sahaja Dewan Peperiksaan A tadi, Mia terserempak dengan Rehana, pelajar Diploma Information Technology dengan ibunya. Sempat juga bergambar untuk kenangan sebab semester depan adalah semester terakhir Mia, mungkin sukar untuk berjumpa dengan Rehana lagi selepas ini. Rehana merupakan seorang pelajar istimewa (OKU) di OUM Johor ini dan yang paling Mia kagum semangat kuatnya untuk belajar. Begitu juga dengan ibunya yang sanggup menunggu dan menemankan dia sepanjang masa sama ada ketika hadir ke kelas atau exam. Rehana juga tolong vote untuk Mia masa contest Digi WWWOW Awards dan MRT Logo Contest tempohari. Terima kasih ya... Rehana. Semoga Rehana berjaya dalam pengajian di OUM ini.

    Sementara menunggu Suami Mia sampai, Mia rehat sebentar di kafetaria. Sempat juga berborak dengan seorang pelajar OUM yang telah mengambil Subjek Malaysian Studies (subjek yang akan Mia belajar pada semester depan selain dari Subjek Projek Sistem). Sempat juga korek rahsia dan dapatkan maklumat tentang pembelajaran online untuk subjek ini. Risau juga Mia, sebab ia melibatkan sejarah dan format examnya MCQ (multiple choice question). Katanya memang susah nak jawab, sebab pilihan jawapan lebih kurang sama dan susah nak pilih jawapan yang paling tepat.

    Apa-apa pun, tinggal 1 semester lagi selepas ini. Sukanya......

    p/s: belum fikir nak buat projek sistem apa untuk semester depan tapi dah mula belek-belek php programming dan mysql...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Saturday, December 17, 2011

    Final Exam Untuk Entrepreneurship Dan Accounts Information System Serta Aktiviti Mia Di Hujung Minggu


    Alhamdulillah, dah lepas 1 paper yang berat semalam. Leganya.. Terima kasih kepada semua yang sudi doakan Mia dan komen entri Stressnya Nak Exam... Doakan Mia Ya.. semalam. Terharu betul. Mula-mula, Mia agak blur sedikit tetapi selepas 1 jam barulah Mia dapat mengarang jawapan.


    Lepas ni, Mia ada paper Entrepreneurship pada hari Isnin (19/12/2011) dan paper Accounts Information System pada hari Selasa (20/12/2011) pada waktu yang sama jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang . 

    Maklumat terkini untuk subjek Entrepreneurship, final exam cuma cover 60% sahaja iaitu dari topik 5 hingga topik 10. Assignment telah cover Topik 1 hingga 4. (Pengumuman telah dibuat di myVLE).



    Kebetulan pula ni, jiran hujung (selang 2 rumah dengan rumah Mia), buat kenduri kahwin esok untuk anak sulung mereka, nikahnya malam ni. Jadi, depan rumah dah penuh dengan khemah. Lepas tengahari kereta perlu di parking kat padang depan rumah. Malam ni, Mia akan bertandang ke rumah jiran dan tolong apa-apa yang patut. 

    Esok pula, adik Suami Mia yang bongsu nak hantar tanda (tunang). Pagi-pagi lagi pergi rumah Mak Mertua, ikut rombongan meminang anak dara di Kota Tinggi. Tak ingat pula Felda yang mana satu. Ikut konvoi je la...

    Penuh betul aktiviti Mia hujung minggu ni dengan 2 aktiviti penting ini dan mengakibatkan waktu belajar yang semakin terhad. Apa-apa pun Mia tetap belajar.

    p/s: sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.... tiba-tiba teringat pula pada peribahasa ni...
    Read more / Baca Lagi >>>

    Friday, December 16, 2011

    Stressnya Nak Exam... Doakan Mia Ya...



    Tiba-tiba Mia rasa macam stress pula sebab subjek e-commerce ni ternyata memang susah dan agak kompleks. Mia paling takut tersalah faham soalan atau tersalah bagi jawapan. Doa sangat jangan blank pula masa exam petang ni nanti.

    Memanglah dah baca buku, buat latihan online dan tengok past exam papers. Sifat risau tu tetap ada dalam diri Mia setiap kali nak exam terutama sekali subjek berat macam e-commerce ni. Terlalu teknikal dan banyak konsep yang perlu difahami. Kalau nak dihafal semua memang tak terlarat, cuma hafal yang penting-penting sahaja. 

    Mia baru sahaja telefon Mak Mia tadi. Minta Mak doakan biar senang jawab. Mak selalu bagi semangat kat Mia bila Mia susah hati. Terima kasih Mak...

    Suami Mia pula yang sentiasa ada disisi Mia, selalu sedapkan hati Mia. Katanya, takpelah dah nak habis ni, skit lagi. Memanglah susah, tapi tentu boleh buat punya...

    p/s: begitu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
    Read more / Baca Lagi >>>

    Top Supporters February 2017