Jangan Pandang Rendah Pada Blogger

Wednesday, October 16, 2013

Jangan Pandang Rendah Pada Blogger

Entri ini hanyalah sekadar pendapat daripada Mia. Sejak setahun dua ini Mia rasa makin ramai blogger baru yang tumbuh macam cendawan. Mia nak ucapkan tahniah kerana sudah memiliki blog sendiri dan juga selamat datang ke dunia blog yang penuh dengan cabaran ini.

Namun begitu, masih ada juga yang memandang rendah pada blogger. Blogger ini sebenarnya pun manusia biasa yang mempunyai komitmen sendiri. Ada kerjaya, keluarga, hobi dan kawan. Perlu diingatkan bukannya sepanjang masa mengadap komputer atau laptop. Yang sedihnya, ada-ada sahaja yang mengutuk atau mencaci blogger, padahal blogger itu tidak mengganggu sesiapa pun malah hanya menceritakan kisah tentang dirinya.

Kalau dahulu fungsi blog tidak begitu penting tetapi sekarang kalau cari apa sahaja jenis maklumat tentu akan jumpa dengan mana-mana blog yang memberikan maklumat tersebut. Bloglah yang memeriahkan dunia enjin carian.

Kuasa blog terlalu kuat kerana mempunyai followers tersendiri. Kata orang ibarat idola. Apa sahaja yang diperkatakan boleh menjadi ikutan. Gaya dan intonasi bahasa dalam entri blog boleh mempengaruhi minda pengunjung yang membacanya diserikan pula dengan gambar yang akan lebih menambahkan keyakinan pengunjung.

Blog kini mula mendapat tempat di hati Advertiser yang ingin mengiklankan produk, perkhidmatan dan lain-lain. Selalunya blog yang mempunyai ranking Alexa yang baik dan trafik pengunjung yang banyak.

Ironinya, untung kalau jadi blogger selain dapat ramai kawan, dapat juga menjana pendapatan sampingan di kala taraf sara hidup kini yang semakin meningkat tanpa kita sedari. Mula-mula ingin bertapak di dunia blog memanglah sukar. Kenalah rajin, kreatif, cari kawan blogger dan pandai memikat hati pengunjung.




Terus-terang Mia katakan bila sudah lama ada blog, kita dah rasa macam terbiasa dan usah gentar pada tohmahan yang dilemparkan. Memang akan ada yang pandang rendah pada kita tetapi biarkan mereka dan jadikannya batu loncatan untuk terus dalam dunia blog. Berubah untuk kebaikan dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Ini Mia akui apabila Mia blogwalking ke blog lain, ada yang tulis entri sedih bila dikutuk. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Memang dah jadi lumrah dunia blog ini sebab blog kita boleh diakses sepanjang masa oleh sesiapa sahaja melalui internet. Kita pun tidak tahu siapa yang baca blog kita terutamanya pengunjung yang silent reader. Sentiasa beranggapan positif supaya perkongsian dari blog kita dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang membacanya.

Mungkin ada lagi huraian lain tetapi Mia cuma fokuskan kepada beberapa huraian yang di atas sahaja.

Nasihat kepada mereka yang selalu memandang rendah pada blogger, cubalah buat blog dan akan dapat memahami kehidupan blogger yang sebenarnya.

dunia blog amat luas dan mencabar...

posted from Bloggeroid

67 comments:

  1. haah betul tu kak mia..mereka tda hak nak pandang rendah pada bloger kan.
    sy pun baru belajar berblog.

    ReplyDelete
  2. Betul tu ...Lebih kurang cam wartawan @ penulis cuma dia orang tu lebih formal ... Mungkin blog nie lebih santai tapi x dinafikan ade juga yang serius ... Wallahu'alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pada blogger nak corakkannya macam mana...

      Delete
  3. betul tuu.... nak2 lagi yang gunakan medium blogger untuk buat bisnes.. bukan senang nak buat satu entri... kene study dan cari info baru boleh buat entri sendiri.. dan sedih bila ada yg copy paste tanpa letak kredit.... pape pun semua blogger jangan patah semangat..!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog bisnes pun sekarang dah dapat sambutan menggalakkan... mudah beli secara online...

      Delete
  4. setuju sangat MIA....kadang-kadang ramai orang tak faham.....

    ReplyDelete
  5. sokong kak mia...jangan pandang rendah pada blogger ye..

    ReplyDelete
  6. hacker terdiri dari blogger....hehe~

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^

    ReplyDelete
  7. betul kak mia..setiap orang mempunyai pandangan tersendiri kepada seseorang blogger..

    ReplyDelete
  8. betul kak mia.wan yang masih baru dalam dunia blog pon perlu semangat macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semangat tak kental.. memang blog boleh terabai... huhuhu

      Delete
  9. ah! peduli lah dgn dorang, janji kita happy bila update entry muahaha
    kalau dorang suker, dorang bole baca, kalau dorang suker tak luak kat kita pun

    ReplyDelete
  10. betul2 kak mia,teruskan buat apa yg kita suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... yang penting tidak ganggu orang lain... kan angah...

      Delete
  11. sokong itu pun kalau mereka xsalah gunakan kuasa blog :)

    ReplyDelete
  12. dengan berbelog ini lah mama temui sesuatu yang merubah 100% hidup mama..

    ReplyDelete
  13. betul itu kak mia..kita hanya manusia biasa..yang hanya suka berkongsi apa yang kita rasa...^^

    ReplyDelete
  14. SALAM KAK MIA. BETUL TUE KAK. ADIK SOKONG. APA2 PUN BIAR APA JUA PANDANGAN ORANG, KITA TERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI SEORANG BLOGGER TEGAR...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak mia sbb sentiasa memahami.. setuju sgt dgn kak mia, cuba kita letak kaki dalam kasut seseorang yg lain then you will know someone feeling. Jgn simply2 judge org tanpa kita selami perasaannya. Yeah, blogger pun manusia juga..

    ReplyDelete
  16. sokong kak mia sgt sgt sgt... sokong ketat2... hiiiiiiii

    ReplyDelete
  17. itulah asam garam dalam kehidupan ..jadi blogger pon ada cabarannya

    ReplyDelete
  18. betol2.......pendapat masing2, nak trime ke tak terpulang, kalau xsuka jgn baca hehehe......

    ReplyDelete
  19. Setuju2...dan yang paling penting jgn jadi blogger copy paste

    ReplyDelete
  20. tak kira tulis blog atau bt keje lain, kalau org yg jenis menggutuk, tetap akan menggutuk

    ReplyDelete
  21. setuju kak mia. dorang tak tahu kita macam mana :)

    ReplyDelete
  22. Betul tu Mia, akak pernah somebody yg rapat juga dgn akak dia perli "tak usahlah jadi reporter..." masa tu hangat isu pilihanraya. Akak just utarakan pendapat akak je melalui apa yg lecturer akak sampaikan ms kuliah. Dia bleh sound akak mcmtu... sedih sangat. Tapi, bak kata Mia lah, akak pedulikkan je kata2 tu... akak teruskan je berblogging. Sebenarnya, kawan2 blogginglah yg banyak support akak dr kwn2 di alam nyata. Of course suami pun banyak memberi support. So sad but it is the true. Happy blogging Mia. Akak ceria tengok blog Mia ni. Terima kasih atas kata2 nasihat :)

    ReplyDelete
  23. Saya setuju dengan apa kak mia tulis..Kuasa blogger semakin hebat di alam maya sekarang berbanding dulu.

    ReplyDelete
  24. saya setuju dengan entri kak mia ni. saya bermula sebagai fan blogger. blog saya dedikasi kepada artis korea, super junior. memang banyak beri kelebihan kepada saya sebab ramai yang akan cari saya untuk dapatkan info.

    kini saya lebih cenderung kepada personal blog mungkin kerana peningkatan usia saya. pedulikan apa orang nak kata asalkan kita tidak usik duit mereka.
    minat setiap orang berbeza. yang penting kita kenalah saling menghormati

    ReplyDelete
  25. setuju sgt dgn entry kak mia ne.....dan jadi blogger, kena ada identiti tersendiri :D

    ReplyDelete
  26. Betul Mia cabaran ada di mana2 terutama bila jadi blogger yang terdedah kepada umum ni. Kadang2 pendpat kita di salah ertikan tapi banyak juga yg sakit mata or sakit hati bila seseorang blogger tu dah berjaya.

    ReplyDelete
  27. pernah jugak berapa kali kena kutuk dengan Cik Anon kak.. hak kita untuk bersuara dan hak dia untuk memberi pandangan. Tapi bila salah faham lain tafsirannya..

    Kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang kita dapat dan kawan2 baru yg kita kenal, tu semua benda kecik je. hehe

    ReplyDelete
  28. Isk isk..
    Harap2 shark x jd begitu nnti.
    Thanx for remind kak mia

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum kak mia. sheila setuju! terlalu ramai blogger baru skrg.. semoga mereka tak salah gunakan platform ini. insyallah :)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.