Entri ini hanyalah sekadar pendapat daripada Mia. Sejak setahun dua ini Mia rasa makin ramai blogger baru yang tumbuh macam cendawan. Mia nak ucapkan tahniah kerana sudah memiliki blog sendiri dan juga selamat datang ke dunia blog yang penuh dengan cabaran ini.

Namun begitu, masih ada juga yang memandang rendah pada blogger. Blogger ini sebenarnya pun manusia biasa yang mempunyai komitmen sendiri. Ada kerjaya, keluarga, hobi dan kawan. Perlu diingatkan bukannya sepanjang masa mengadap komputer atau laptop. Yang sedihnya, ada-ada sahaja yang mengutuk atau mencaci blogger, padahal blogger itu tidak mengganggu sesiapa pun malah hanya menceritakan kisah tentang dirinya.

Kalau dahulu fungsi blog tidak begitu penting tetapi sekarang kalau cari apa sahaja jenis maklumat tentu akan jumpa dengan mana-mana blog yang memberikan maklumat tersebut. Bloglah yang memeriahkan dunia enjin carian.

Kuasa blog terlalu kuat kerana mempunyai followers tersendiri. Kata orang ibarat idola. Apa sahaja yang diperkatakan boleh menjadi ikutan. Gaya dan intonasi bahasa dalam entri blog boleh mempengaruhi minda pengunjung yang membacanya diserikan pula dengan gambar yang akan lebih menambahkan keyakinan pengunjung.

Blog kini mula mendapat tempat di hati Advertiser yang ingin mengiklankan produk, perkhidmatan dan lain-lain. Selalunya blog yang mempunyai ranking Alexa yang baik dan trafik pengunjung yang banyak.

Ironinya, untung kalau jadi blogger selain dapat ramai kawan, dapat juga menjana pendapatan sampingan di kala taraf sara hidup kini yang semakin meningkat tanpa kita sedari. Mula-mula ingin bertapak di dunia blog memanglah sukar. Kenalah rajin, kreatif, cari kawan blogger dan pandai memikat hati pengunjung.




Terus-terang Mia katakan bila sudah lama ada blog, kita dah rasa macam terbiasa dan usah gentar pada tohmahan yang dilemparkan. Memang akan ada yang pandang rendah pada kita tetapi biarkan mereka dan jadikannya batu loncatan untuk terus dalam dunia blog. Berubah untuk kebaikan dan perbaiki segala kelemahan yang ada.

Ini Mia akui apabila Mia blogwalking ke blog lain, ada yang tulis entri sedih bila dikutuk. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Memang dah jadi lumrah dunia blog ini sebab blog kita boleh diakses sepanjang masa oleh sesiapa sahaja melalui internet. Kita pun tidak tahu siapa yang baca blog kita terutamanya pengunjung yang silent reader. Sentiasa beranggapan positif supaya perkongsian dari blog kita dapat dimanfaatkan oleh pengunjung yang membacanya.

Mungkin ada lagi huraian lain tetapi Mia cuma fokuskan kepada beberapa huraian yang di atas sahaja.

Nasihat kepada mereka yang selalu memandang rendah pada blogger, cubalah buat blog dan akan dapat memahami kehidupan blogger yang sebenarnya.

dunia blog amat luas dan mencabar...

posted from Bloggeroid