MC Hari Ini

Friday, October 11, 2013

MC Hari Ini



Hari ini mc. Pulihkan diri dan rohani dengan al-quran. Sangat kecewa dan cukup terasa. Bukan senang nak bangunkan ICT di dunia orang yang tak hargai ICT. Dahlah tiada kenaikan pangkat, perbelanjaan ICT disekat, ruang ICT pula dikecilkan. Dengan beberapa kerat tenaga ICT inilah mampu handle semua pejabat di seluruh Malaysia dengan nilai aset dan inventori dah berjuta, yang pada mulanya hanya ada 1 jawatan F29 dan 3 pc sahaja pada tahun 2005.

Masuk tahun ini dah 10 tahun Mia menjawat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 2 tahun di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan 8 tahun di sini. Ada dikisahkan di SINI. Lepas baca, baru akan faham kenapa Mia cukup sedih sangat.

Tahun ini adalah dugaan yang paling terberat untuk Unit ICT. Semalam cukup melampau bila keluar surat susunatur kedudukan pejabat, ruang Unit ICT dikecilkan ke ruang kaki lima yang tiada aircond.. almari dan kabinet tak tahulah nak sumbat kat mana. Fail dan dokumen yang melambak takkan nak sumbat kat bilik server? Setiap kali perkara buruk berlaku, bos ICT tiada di pejabat. Semalam dia mc.

Mia telah cuba berbincang dengan yang berkenaan secara baik namun tidak diendahkan bahkan berkeras dengan keputusan yang dibuat. Sungguh tidak professional dan bertindak mengikut emosi. Ramai staf yang dah terkena.

Ini adalah kisah benar yang berlaku, biarpun nanti ada mulut-mulut jahat yang akan putar belitkan cerita untuk memburukkan keadaan. Sekurang-kurangnya kalau Mia dah tiada lagi di sini, hak ICT tetap terbela.

maafkan Mia atas luahan ini...
posted from Bloggeroid

57 comments:

  1. Sabarlah kak mia, saya pun tak tahu nk kata apa. Terasa berat apa yg kak mai alami. Pastinya akan mengganggu emosi bila persekitaran kerja tak membantu mcm keadaan kak mia alami

    ReplyDelete
  2. sabar kak mia..sy rasa kak mia betul2 rasa kecewa kan kak..semua usaha tak pernah utk dihargai...moga kak mia tabah menghadapi dugaan ini ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yyupp.. macam tu lah nampaknya ida... tq ya..

      Delete
  3. terus pertahankan hak kak mia..kalau kita betul..jangan putus asa..minta pada Allah lembutkan hati-hati mereka..selebihnya bersabar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah nampaknya... tapi tak berani nak menaruh harapan yang tinggi...

      Delete
  4. tak apa kak mia, meluahkan at least mungkin ringan sikit, bertabah yer, farah percaya pasti ada penyelesaian nanti...mudah2an dan In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. Sabarlah dgn dugaan ini, redhalah dgn ujian yg dtg, ikhlaskn dgn memaafkan, barulah tawakkal pd allah utk mbalasnya...istighfar byk2...ye Mia

    ReplyDelete
  6. Semoga kak mia menjadi seorang yang tabah dan kuat..^^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak mia... harap bersabar banyak. setiap yang berlaku, ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila.... terima kasih ya..

      Delete
  8. insyAllah, semua y berlaku ada hikmahnya, bersabarlah kak mia, orang yg kuat selalu di uji kerna Dia tahu siapa yg mampu tuk hadapi ujianNya..

    ReplyDelete
  9. bertabahlah duhai hati..kaksura doakan semoga masalah Mia akan selesai dengan cara yang membahagiakan hati Mia..In Sha Allah..

    ReplyDelete
  10. Jangan simpan dalam hati, jika inilah ruang utk Mia dpt meluahkan dan memberi kelegaan, kami sanggup mendengarnya. Semoga tabah dgn ujian ini... Rehatlah dan cari ketenangan kemudian baru buat tindakan...

    ReplyDelete
  11. Akak kerja dkt MPJBT ke?tahun berapa?sbb sy pernah practical dkt situ,tapi takpernah jumpa akak.Mereka anggap ICT tak penting,for me, ICT is a important tool and as important as other department

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... 2003 - 2005, amilyn.. thanks dear..

      Delete
  12. Sabar lah Mia ye..Bertenang dulu, sentiasa berdoa dan mohon pada ALlah

    ReplyDelete
  13. Dugaan semua tu kak, nak buat cam mana, banyak2xkan lah berdoa.

    ReplyDelete
  14. dugaan buat kak mia. Semoga Allah memberi kekuatan buat kak mia untuk menempuhnya.

    ReplyDelete
  15. semoga kak mia terus sabar di atas dugaan ini..

    ReplyDelete
  16. sabar ye kak mia...semoga tabah hadapi dugaaan hidup ini

    ReplyDelete
  17. dah diluahkan akan rasa lega sikit walaupun ia pahit untuk ditelan, tapi nak bersabar sampai bila....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak sukma.. rasa lega. ni pun tengah cari kerja kat tempat lain...

      Delete
  18. kesian kak mia.. huhu. mampu ckp kat kak mia bersabar je lah.. mudahan semua urusan kak mia dipermudahkan.. huhu

    ReplyDelete
  19. huhu lama tak menjenguk blog kak mia.terkejut mendengarnya.semoga kak mia tabah ye....

    ReplyDelete
  20. sabar kaaa.
    dahlah skrg ni smua bnda guna sistem..
    tp org2 yg blakang tabir x d jaga kebajikannya...
    sabar eh kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. takleh nak cakap macam mana.... thanks dear..

      Delete
  21. Sabar bnyk2 ye. Ada hikmah disebalik semua ni. Allah x menduga manusia melainkan ikut kemampuan nye. Allah tau akak mampu hadapi dugaan ni.

    ReplyDelete
  22. Sabar k Kak Mia.. Insyaallah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.