image Kempen Sana.. Sini... - Mia Liana

Thursday, 9 June 2011

# DiGi WWWOW Awards

Kempen Sana.. Sini...

Siang malam .. tak kenal erti jemu berkempen ke sana sini. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Ada lagi 10 hari sebelum tutup masa mengundi untuk DiGi WWWOW Awards. Kedudukan Mia masih di rank ke 3. Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi full support pada Mia. Not forgetting to all my oversea friends, thank you so much.

Mia telah pun ada Fan page sendiri iaitu mialiana.com. Sudi-sudikanlah LIKE page Mia ini supaya senang Mia nak kenal dengan pengundi (voters) yang sanggup menyokong Mia. Mia tahu ada ramai kat luar sana tu, yang undi Mia secara senyap. Memanglah undi itu rahsia, tapi apalah salahnya kalau Mia nak tahu siapa pengundi (voters) Mia ni.

Selain daripada keluarga Mia yang merupakan pengundi tegar, sokongan daripada kawan-kawan juga penting. Dalam berkempen, sempat juga ambil beberapa gambar. Jom kita tengok. zasss...

Kak Aida yang banyak membantu Mia mengedarkan flyers di sana sini. Seorang kawan baik yang sanggup tolong Mia, tak kira lah apa jua. Terima kasih ya, Kak Aida. Dah banyak sangat bantuan yang dihulurkan dari segi sokongan moral dan hebahan kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Ina, rakan sepejabat dari Zon Selatan, Pontian. Sanggup vote hari-hari dan tolong Mia berkempen di  sana. Walaupun Mia tak berapa rapat dengan dia, Mia rasa respect betul dia sanggup usahakan kempen Mia ni.

 Rakan-rakan suami yang juga turut membantu mengundi Mia. 

Kempen turut berkembang ke pelajar-pelajar sekolah juga. Terima kasih diucapkan kepada keluarga En Ramzan, kawan suami Mia yang juga turut berkempen dan mengundi untuk Mia.

p/s : ada lagi pengundi yang belum sempat menghantar gambar masing-masing...

9 comments:

  1. wahh memang kempen betol2 ni. hehe

    ReplyDelete
  2. gambar saya x de?hehehe :) tahniah mia sudah berada di ranking 3..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. wah mia memang bertuah dan semangat sungguh ... moga berjaya

    ReplyDelete
  4. adek - adek kiter pun ade ea ??? semangat !!

    ReplyDelete
  5. thanx kak jue sbb upload gamba kite, syukur alhamdulilah sbb dah di rank yg ke-3, smoga kak jue sukses mencapai apa yg dihajatkn... wat kwn2 marilah brsama2 menyokong sahabat kite, chaiyok kak jue!!!

    ReplyDelete
  6. Selamat berjaya, mia. Kak dah 'Like' Fan Page mia....:)

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua... yang penting kita dah berusaha sedaya upaya...

    ReplyDelete