image Bila Sofea Makan Roti Canai Dengan Garpu - Mia Liana

Monday, 6 June 2011

# Family Matters

Bila Sofea Makan Roti Canai Dengan Garpu

Roti canai memang makanan kegemaran Sofea. Sekeping sahaja dah mengenyangkan. Sofea sekarang kalau boleh nak makan sendiri. Bila dah mak dan ayahnya makan pakai sudu dan garpu, mulalah dia nak guna garpu juga. Dicucuknya roti canai tu sampai melekat di garpu dan disuap ke mulutnya sendiri. Bila diusik, betulkan roti canai tu, marah betul dia. Semuanya dia nak buat sendiri.

Geli hati juga tengok gelagat Sofea makan sendiri. Macam-macam cara dibuatnya supaya dapat cucuk roti canai tu. Bila dah penat, dia rehat jap dengan minum air sendiri menggunakan straw, kemudian sambung balik sehinggalah habis semuanya.

Jom tengok gelagat Sofea. zassss...








p/s: kadang-kadang tu, bila malam pun Sofea nak roti canai... 

11 comments: