Bersediakah Untuk Jadi Pelajar Dan Bahagikan Masa Antara Kerjaya Dan Keluarga?


Mia baru sahaja menjawab persoalan di ruangan komen dalam entri Kisah Kelas Dibatalkan Hari Ini dan Bengkel Kemahiran Pelajar Baru Ambilan September 2011.

Persoalannya, macam mana nak bahagikan masa antara keluarga dan kerjaya... hmmm... berat nak jawab tu. Mia pun belum lagi habis belajar dan bukannya seorang pakar motivasi. Tapi Mia akan juga cuba jawab berdasarkan pengalaman yang telah Mia lalui selama 4 tahun belajar di OUM.

Cuba tanya diri sendiri. 

  1. Dah bersedia ke belum? 
  2. Sanggupkah untuk menerima cabaran terkuat dalam hidup selama 4 tahun? 
  3. Adakah  keluarga mampu memahami dan memberi sokongan? Penting ni, contohnya... kadang-kadang ada masa kita akan rasa sedih dan down sebab keputusan exam yang tidak berapa elok. Semangat perlu dibangkitkan, dan di sinilah peranan keluarga sebenarnya.
  4. Sanggup tak untuk lalui kehidupan ini? Bekerja di siang hari. Uruskan rumah tangga selepas pulang dari kerja. Belajar di kala semua ahli keluarga sedang tidur. Hujung minggu menghadiri kelas atau perbincangan.  
  5. Pembiayaan pengajian samada sendiri atau pinjaman. Rancangkan terlebih dahulu. Ramai yang tangguh pengajian dan berhenti terus dari pengajian kerana faktor kewangan. Semangat kena kuat dan kental. 
  6. Masa hanya ada 24 jam sahaja. Semua benda nak kena buat, memang tidak mencukupi tetapi kena cukupkan juga. Cuba buat carta atau jadual waktu yang boleh dipatuhi. Bayangkan kehidupan anda selama 4 tahun sebegitu. Boleh sabar ke tak? 
  7. Faktor kesihatan. Mudah jatuh sakit ke tak? Fenomena tidur memang sentiasa tidak mencukupi. Perlu di atasi dengan pengambilan produk kesihatan tambahan bagi menjaga kesihatan semasa menyiapkan assignment dan final exam. Yang penting kena sihat. Kalau sakit, otak pun tidak dapat bekerja dengan sepenuhnya. 
  8. Sanggup datang kelas hujung minggu? Kalau ada kenduri kahwin ke.. cuti-cuti Malaysia ke.. perlu diabaikan selepas ini. Kerana sekiranya tidak datang kelas, sesuatu yang amat merugikan. Bukannya selalu dapat jumpa lecturer dan rakan sekelas. Moralnya, jangan ponteng kelas.
  9. Cara belajar kenalah berdikari sendiri. Susah nak buat study group, sebab rakan-rakan pun bekerja dan berkeluarga juga. Harus pandai adaptasi diri di mana-mana sahaja dan menggunakan peluang yang ada. Contohnya online forum dalam myVLE. 
  10. Belajar memang lah susah. Kalau tak belajar, susah nak jawab exam dan assignment. Kena juga adakan masa untuk belajar walaupun sibuk. Bawalah buku ke mana sahaja. Bacalah satu topik demi satu topik, nanti lama-lama habis satu buku.
Rasanya macam banyak lagi. Tapi cuma ini sahaja yang ada di fikiran Mia. Sebenarnya yang paling penting kekuatan yang ada dalam diri kita tu sendiri. Kalau kita yakin kita boleh, memang kita boleh lakukannnya. Mentaliti, fizikal dan motivasi sangat penting dalam membina keyakinan diri, mengekalkan kesihatan dan berfikiran positif.

Mia pun macam tu juga, pada mulanya memang kelam kabut. Tak boleh handle, sampai menangis memikirkan macamana nak sesuaikan diri dengan keadaan. Selepas semester kedua, baru lah lega sedikit sebab dah ada disiplin dan boleh bahagikan masa dengan keluarga walaupun sibuk dengan kerja.

p/s: berpeluh-peluh nak jawab soalan, terasa macam exam pula....

Post a Comment

8 Comments

  1. kpah pun pernah tgk adik kpah sambung belajar lepas dia dah kawen dan berkeluarga..
    masuk kelas masa belum abis pantang lagi...
    gitu lah seperti yg mia tulis kan tu...
    sokongan keluarga dan org tersayang..amat penting..

    ReplyDelete
  2. wah hebatla kak boleh bagikan masa dengan baik...time managemant kena mantap ek kak...betul2 cabaran..

    ENTRIES TERBAIKK>>>
    Kingdom Tower ketinggian 1600meter (1.6KM)

    ReplyDelete
  3. tabik spring pada mia sbb mampu bahagikan masa antara kerjaya, belajar n keluarga dlm masa yg sama. bukan calang2 org boleh lalui ni...

    ReplyDelete
  4. perlu fokus & disiplin tinggi klau nk proceed sambung blajar cara ni...

    ReplyDelete
  5. @kpah k-poh tu la kak pah. memang berat betul dugaannya. nak2 masa mia ngandungkan sofea dulu. sokongan suami dan keluarga amat penting.

    ReplyDelete
  6. @ewanrani kalau takde time management boleh out langsung dan tiada masa untuk belajar. penting untuk penggunaan masa yang teratur...

    ReplyDelete
  7. @Izan Ishak terima kasih ya izan... mia pun tak sangka boleh harungi semua ni. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. @caliph shuriken ya.. caliph. kalau tak fokus pun susah. kalau takde disiplin lagi parah... kedua2nya saling memerlukan dan penting.

    ReplyDelete