Semalam, petang Sofea mula cirit-birit jam 7.00 petang. Mula muntah-muntah jam 10.00 malam. Makin lama makin teruk pula. Semua yang masuk terus keluar. Sampai perut Sofea kosong betul dibuatnya. Lepas itu pukul 12.30 tengah malam tadi, kami (Mia dan Suami Mia) bawa Sofea pergi ke Klinik Penawar tapi disuruh pergi ke hospital terus. Yang paling dekat, Hospital Kulai.

Sekarang tengah musim rupanya. Katanya ramai betul kanak-kanan lain yang mengalami sakit yang sama seperti Sofea semalam dan hari ini.

Kali pertama Sofea di tempatkan di Unit Kecemasan (Zon Kuning). Oleh kerana badan dah agak lembik, jadi perlulah di masukkan air segera. Banyak juga, dalam 350 ml air dimasukkan dengan berat Sofea yang 18 kilogram.

Menunggulah sehingga menjelangnya waktu Subuh pagi tadi. Berjaga dan sentiasa awasi Sofea. Bila air sudah habis dimasukkan dan syukur Sofea pun tidak lagi cirit dan muntah lagi selepas itu. Sofea dibenarkan pulang jam 6.30 pagi tadi.


Sofea menangis selepas kena cucuk jarum di tangan

lama-kelamaan terus dia tidur 

tangan yang dicucuk untuk masukkan air

Risau betul tengah malam tadi. Sekarang ini dah rasa lega sedikit, dan Sofea pun sambung tidur di rumah.

p/s: padahal makan dan minum seperti biasa di rumah Mak Semah semalam....