Biasalah kalau dah namanya budak, bila disuruh belajar dengan buku bukannya boleh lama. Sekejap sahaja. Lepas itu sibuk nak main.

Tapi kalau belajar dengan tablet atau smartphone, nak pula. Memang Suami Mia install kan aplikasi android pendidikan pra-sekolah untuk kanak-kanak. Habis koleksi aplikasi Intellijoy dimasukkan ke dalam tablet Sofea dan smartphone Mia yang lama, Samsung Galaxy S Advance. Dah jadi hak milik Sofea sekarang.

Sofea seronok belajar abc, 123 dan jawi dengan cara yang macam ini. Lebih-lebih lagi, sekarang Sofea dah ada dua handphone, satu besar dan satu lagi yang kecil. Mudah nak dibawa ke mana-mana.




Hari ini Sofea ada final exam dari pagi sampai ke petang. 3 paper sebelah pagi dan 3 paper lagi sebelah petang. Risau juga Mia. Semoga Sofea dapat jawabnya dengan betul dan tenang.

sayang sangat kat Sofea....

posted from Bloggeroid