Samsung Galaxy S Advance Menjadi Pilihan Mia


Setelah memikir dan mengambilkira semua pendapat dan cadangan oleh rakan-rakan blogger dan silent reader, Mia telah buat keputusan untuk beli Samsung Galaxy S II. Malam kelmarin, Mia dan Suami Mia telah pergi ke Kedai Maxis di Tesco Bukit Indah. Bila dah sampai kedai, didapati model  Samsung Galaxy  S II sudah tidak ada stok dan yang ada hanyalah model  Samsung Galaxy S Advance dan  Samsung Galaxy Note.

Lama juga hendak buat keputusan. Sebelum itu, Mia ada sms pada Broframestone dan Mak Dara yang sememangnya pengguna tegar Instagram ni. Nasib baik mereka balas sms. Kiranya macam pakar rujuk Mia lah ni.

Antara keperluan dan kehendak, kenalah pilih keperluan. Kalau pilih kehendak tentu Mia nak pakai Samsung Galaxy Note. Kalau ikut keperluan Mia, Samsung Galaxy S Advance sudah mencukupi bagi Mia. Yang penting sekali, apa yang Mia beli berbaloi dengan keperluan Mia.

Keperluan Mia :
  1. Kos dalam bajet, kalau murah sedikit duit tu boleh pergi kepada komitmen lain
  2. Boleh FB, Twitter, Blog, Instagram, Emel dan Skype
  3. Boleh call, sms, mms dan video call
  4. Boleh Wi-Fi dan Bluetooth
Selain daripada itu, untuk edit gambar dan aplikasi lain Mia lebih suka dengan menggunakan notebook. 

Sempat jugalah belajar guna instagram semasa di kedai maxis...



Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen di dalam entri Nak Pilih Android Yang Mana Satu Ni?
  1. Cik Beruang (http://nurshifatuzzinnirah.blogspot.com)
  2. David Bong - silent reader
  3. Caliph (http://caliphshuriken.blogspot.com)
  4. Huda (http://missbbydua.blogspot.com)
  5. Husna (http://borak-qs.blogspot.com)
  6. Rapunzeel Cikilolo (http://pari2cumel.blogspot.com)
  7. NurulHanif (http://nurulhanif.blogspot.com)
  8. Mak Dara (http://www.bicaramakdara.com)
  9. Nur Anis (http://sayanuranis.blogspot.com)
  10. Uncle (http://inibloguncle.blogspot.com)
  11. Cik Atie (http://mutiaralife.blogspot.com)
  12. MiszNorul (http://misznorul.blogspot.com)
  13. Cik Rongoks (http://ikapukpuk.blogspot.com)
  14. Fasham (http://fasham87.blogspot.com)
  15. Salhah (http://ceritasukasuki-nuri.blogspot.com)
  16. KinNgah - silent reader
  17. MakLady (http://blogdearlady.blogspot.com)
  18. Muttaliff (http://i-think-of.blogspot.com)
  19. Nurul Akmal (http://www.siezuka.com)
Dah lebih satu hari Mia guna Samsung Galaxy S Advance. Ternyata amat memenuhi citarasa Mia dan Mia masih lagi explore. Bestnya... game kegemaran untuk Sofea pun dah install, Talking Tom dan Angry Birds.

p/s: belum sempat Mia update dalam blog, Broframestone dah pun buat entri dahulu semalam. Klik SINI (http://www.broframestone.com/2012/06/pengaruh-instagram-sampai-blogger-sanggup-beli-smart-phone/).