Lawak : Sifat Hantu Yang Baik

Saturday, October 19, 2013

Lawak : Sifat Hantu Yang Baik

Tertarik sungguh Mia bila baca lawak sifat hantu ini... entah siapalah punya idea ni. Bagus juga ya. Ada juga sifat positif hantu yang selama ini kita tak sedar.


Jom baca....



Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri tanpa diajar.

Pontianak
Susah senang selalu tertawa yang menunjukkan keperibadian pontianak ini begitu optimis.

Pocong
Dari dulu kain bajunya tidak pernah diganti. Ertinya dia tidak tertarik pada fesyen dan sangat bersahaja.

Hantu air
Walaupun selalu menetap di lautan, tetapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan. Tidak pakai baju renang. Ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan.

Jerangkung
Datang tidak diundang. Pulang tidak dihantar. Ertinya dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Jebon
Makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tetapi sifatnya sangat penyabar.

sumber : whatsapp

aduii... hihihi ada betul juga ya...

posted from Bloggeroid

26 comments:

  1. hihi ada betulnya juga tu kak mia..pandai orang yang cipta nie ;)

    ReplyDelete
  2. sape yg cipta ni?? hehe macam betul pulak..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau letak gambar hantu yang seram... kak mia sendiri pun takut nak buka blog ni... hehehehe

      Delete
  4. hahaha walaupun kelakar tpi masih seram bila memikirkan hantu2 tu..

    ReplyDelete
  5. hantu yg mempunyai keperibadian diri yang tinggi... hehehe..macam2 perangai jugak hantu ni ye...

    ReplyDelete
  6. Hihi.Kalau difikirkan,ada betulnya jugak kan? haha.

    ReplyDelete
  7. hahaha....lawak tapi mintak di jauhkan jumpa hantu takut ler

    ReplyDelete
  8. adaoiii kak, wlaupun kelakar tapi ada takutnya jugak

    ReplyDelete
  9. hahaha.. pernah baca kat FB ni.. tapi yg ni ada tertinggal satu... ada lg yg paling last. hehe.

    ReplyDelete
  10. hahaha, suke part hantu air tuu kak :)
    btw, dah lamaaa tak jenguk sini :'(

    ReplyDelete
  11. hehehe dalam lawak ada makna tersirat in each description..

    ReplyDelete
  12. toyol tu yg pandai cari duit........hehe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.