Tiada Mood Pergi Kerja

Monday, October 7, 2013

Tiada Mood Pergi Kerja

Pernah tak anda alami keadaan di mana anda benar-benar tiada mood untuk pergi kerja? Bila pergi kerja pun... rasa malasnya nak buat kerja.

Banyak sebab yang membuatkan kita berasa demikian. Antaranya..

Bila kerja terlalu lama bertahun-tahun tanpa ada kenaikan pangkat walaupun kertas penstrukturan semula organisasi telah dibuat tapi tidak diendahkan.

Bila buat kerja macam nak mati tapi hasil kerja tidak dihargai malah orang lain pula mengaku kerja dia bila hasil kerja itu dipuji orang atasan.

Bila boleh buat kerja dengan cemerlang. Asyik disuruh buat kerja sahaja. Orang lain duduk goyang kaki lenggang kangkung. Stres bukan main kepalang.

Bila ada berlaku kesilapan dan perbalahan tentang kerja, asyik dipersalahkan kerana membuat kerja tersebut.

Bila bos tak sayang dan tak jaga kebajikan anak buah dan asyik pentingkan diri sendiri. Anak buah terkapai-kapai untuk menyiapkan kerja dan buat keputusan penting.

Bila orang lain di tempat kerja melakukan kesalahan besar tetapi tiada tindakan dibuat kerana satu kroni dengan orang atasan.

Bila orang atasan gila kuasa sibuk nak naikkan diri sendiri tanpa memikirkan hak anak buah di bawahnya untuk peningkatan kerjaya di dalam organisasi yang sama.

Maka ianya akan menjurus kepada ini..




Sedihnya... Siapa yang salah sebenarnya? Kalau asyik nak mc, cuti, menular tiada di pejabat, buat aktiviti lain di waktu kerja, pergi kerja lambat, malas buat kerja, benci pada bos, mengumpat bos, tidak hormat bos, bergaduh di pejabat, jatuh sakit tiba-tiba dan yang paling sukar untuk diperkatakan sekali ialah berhenti kerja.

itulah hakikat sebenarnya... jangan salahkan anak buah tanpa usul periksa...

posted from Bloggeroid

68 comments:

  1. Pergi je.....buat tak tau je....buat kerja...janji kerja kita siap....itu yang selalu saya buat bila tidak ada mood..salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang selalu dibuat sekarang ni.... thanks ya...

      Delete
  2. paling tak suka..bila salah org lain kita yg kna marah ngan bos..huhu

    ReplyDelete
  3. Betul la kak..sy pun dah takde mood bila fikirkan gaji x naik dan keadaan persekitaran yang membosankan..tengah cari kerja lain...hehhe

    ReplyDelete
  4. Sebab itu budaya Jepun setiap 3~5 tahun setiap pekerja akan di tukar position/department kerja supaya refresh semula dan menambahkan ilmu di bahagian lain agar pekerja lebih produktif dan tidaklah rasa sgt spt yg tersenarai oleh Mia di atas...
    Bersabarlah, jangan sampai rezeki halal menjadi tidak berkat ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tapi ni kat malaysia bukannya kat jepun... huhuhu terima kasih bin muhammad...

      Delete
  5. Takpa kita mintak kat ALLAH--
    nanti Allah buka pintu rezeki melalui pintu2 yang kita tak pernah sangka
    sabar eh~

    ReplyDelete
  6. moday blues vs black monday ni ke kak mia..hahaha

    ReplyDelete
  7. tak der mood pergi kerja ni akan terjadi bila pink panther meroyan tak tentu pasal kak mia... hu hu hu... sejak preggy ni, kerap juga rasa, tapi disebabkan rezeki sesuap nasi dan demi baby, redah jer lah, kuatkan hati dan semangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu farah kena banyak bersabar ya.... baby esok nak pakai banyak duit nanti...

      Delete
  8. sabar kak mia :D semua ni dugaan tuhan :D

    ReplyDelete
  9. Pernah alami...memang menyakitkan bila tak de mood nak buat kerja, Sabar ajelah kak mia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya fizah... memang sakit rasanya...

      Delete
  10. samalah situasi ngan adik sy... huhu.. dilenjan buat kerja pegawai atasan dia tp hakikannya dia hanya kerani biasa... tak patut dia orang buat mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegawai atasan makan gaji buta la tu... kes buli ni...

      Delete
  11. apa yang kak mia ckp tu macam apa yg pernah teman alami masa bekerja dulu.. hu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo pernah rasa ya dulu... sekarang tentu dah happy dengan kerja kan...

      Delete
  12. fenomena sekarang kak mia..apapun perbetulkan niat kita untuk apa bekerja..apa yang paling menyedihkan..Allah dah jadikan kita insan sempurna dan sebaik kejadian..eh sibuk pulak nak jadi talam yang suka bermuka-muka..hehehe..sabra je lah..

    ReplyDelete
  13. pernah alami jugak...kadang-kadang malas nak layan..pekakkan telinga.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah bertahun2, dah tak boleh nak pekakkan telinga lagi... kak sukma...

      Delete
  14. idealnya memang untuk menjadi seorang pemimpin yang banyak di suka oleh bawahannya...terkadang sulit ya sis :)
    salam...

    ReplyDelete
  15. Sebelum ni mmg ada rasa jugak hal macam nih. Sebabnya atas masalah boss jugak. Skrg Alhamdulillah...Hari-hari rasa nak pegi keja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah macam tu... masalah dah settle. kerja pun happy...

      Delete
  16. sy hanya mampu cakap, bersabar lah.. huhu

    ReplyDelete
  17. Huhu.. Saba je lah kak.. Kat tempat keje mana2 pun mesti ada situasi yang serupa.. Tabahkan hati, insha Allah ada ganjaran yang lebih baik untuk akak satu hari nanti.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  18. kadang-kadang memang kita akan rasa begitu juga.. tak dinafikan ramai yang merasakan begitu bila dah sampai satu tahap.. Sabar k kak mia!

    ReplyDelete
  19. banyakkan bersabar Mia..dugaan tu sebenarnya..pasti ada hikmahkan..

    ReplyDelete
  20. saya takde mood nk datang kerja sebab anak2 selalu cakap.. "ala, one je la yang work.."mmg betul2 tak nak keje dah, tp husband tak betul2 encourage.. ape cer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sedihnya... lagi parah bila husband tak memahami. lagilah cukup sedih. sabar ya...

      Delete
  21. yang paling sedih apabila hasil kerja kita dinilai seperti 'sampah'.. seolah-olah tiada harga.. jika bos nak menolak atau tak setuju dengan hasil kerja kita pun, eloklah dengan cara yang baik.. kita pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan.. tu yang jadi takde mood nak pergi kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii kalau kena macam tu kan aiza... memang cukup sedih..

      Delete
  22. betul tu kak mia...
    kekadang semua isu dinyatakan membuat kita tak senang duduk..huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cik akak... hati memang tak tenteram. dalam hati ada ayat jahat.. "bilakah nak berambus dari sini"

      Delete
  23. hari hari takde mood nak g kerja, lau xfikir panjang memang asyik tukar kerja la jawabnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... selagi belum jumpa yang sesuai...

      Delete
  24. Persekitaran kerja tu sgt penting kan jak mia, tu yg akan mempengaruhi emosi kita

    ReplyDelete
  25. hari ni pun kurg mood saya... ada sebb peribadi juga, tapi sbb tak peribadinya serabut bila pikirkan kerja2 akhir tahun.. uhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dah nak akhir tahun, macam2 laporan yang perlu disiapkan... ya tak maria... stres juga ni..

      Delete
  26. Sbar jelah kak =) dah lumrah orang bekerja mcm tu..sy dulu pn kena juga..rsa sgt mlas nk pergi kerja..yg pntg kenalh positif..bru hari yg kita lalui ok je..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah nak positifkan diri la ni... SKA...

      Delete
  27. Pernah.. Tapi macam-macam mana pun kena pergi.. Pergi dengan tak rela.. Hehe..

    ReplyDelete
  28. malas gi kerja punya pasal le saya jinak2 kan diri ngan bisnes.. lain la happynya tu.. at least ada perkara lain leh fikir selain kerja yg memalaskan tu.. :-)

    -Fara-
    Fara Menulis Tentang..

    ReplyDelete
  29. ahhhhhh. samee laa dgn apa yg sy alami

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.