Semalam Mia ada minta URL blog bagi pengunjung yang bertandang ke blog ini. Tidaklah surprise sangat. Hanya ada sedikit cenderahati yang ingin Mia hadiahkan buat pengunjung blog ini.


Alhamdulillah, ramai yang join segmen ringkas ini dan Mia terima 101 URL blog. Terima kasih tidak terhingga untuk semua peserta. Yang tinggalkan komen selepas itu, Mia tidak dapat terima tetapi Mia tetap senaraikan juga. Minta maaf ya. Harap jangan kecil hati.

Izinkan Mia untuk blogwalking ke semua blog peserta dalam sehari dua hari ni. Memang tak sempat nak blogwalking sebab nak cepat-cepat publish entri ini.

Sila rujuk nombor peserta anda di SINI. Seramai 20 orang pengunjung bertuah berikut akan menerima RM5 topup setiap seorang daripada Mia. Harap dapat terima cenderahati yang tidak seberapa ini. Pemilihan dibuat melalui random.org





















Diucapkan tahniah kepada semua peserta yang bernombor di atas. Sila inbox ke fanpage mialiana.com butiran-butiran di bawah untuk menuntut topup masing-masing.
  1. No Peserta
  2. URL Blog
  3. No Handphone
  4. Telco : Contoh Maxis
Kepada yang tidak berjaya, usah berputus asa. InsyaAllah kalau ada lagi nanti, jangan serik untuk join ya..

syukur sangat... dapat sambutan yang begitu menggalakkan..