image Perjalanan Ke Kuala Lumpur Yang Agak Lama - Mia Liana

Sunday, 24 July 2011

# From Me

Perjalanan Ke Kuala Lumpur Yang Agak Lama

Mia baru sahaja sampai di Hotel Kualiti, Kuala Lumpur dalam 11.30 malam tadi. Esok dan lusa Mia perlu hadiri bengkel di Skali Web Services, Sentul. Ila pula ada mesyuarat di Wisma Tani, Putrajaya. 

Kami bertolak petang tadi. Perjalanan kali ini terasa sungguh lama memandangkan ada satu kemalangan di lebuhraya PLUS berhampiran kawasan Bangi. Jalan raya terlalu sesak, terasa seperti esok nak raya. Ada juga pengguna jalan raya yang menggunakan lorong di sebelah kiri sekali dan ada juga yang ditahan polis trafik. Letih betul duduk kat dalam Hilux, sakit pinggang. Kejap jalan, kejap brek.

Sebelum itu, kami berhenti singgah makan malam di Alor Gajah. Restoren Dol Satay bersebelahan dengan stesen minyak Petronas. Ramai betul orang. Meriah betul. Nampak gayanya ramai yang makan sate kat sini. Bila dicuba, memang terasa rempah sate bila dicicah dengan kuahnya yang enak. Mia dan Jumizar makan nasi goreng cina manakala Ila pula makan mee hoon tom yam. 

Jom tengok kami di restoren yang laris ini. zasss...






p/s: first time tinggal di tingkat paling tinggi, tingkat 18 di Hotel Kualiti ini...

4 comments:

  1. Ala kesiannaya jem teruk kat highway, biasalah kalau ada kemalangan kat highway plus tu.
    <a href="http://kelabpessad.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mia duk kursus lama ke?
    pm laa fida klu abis cepat bileh kita pi minum ngeteh kedai mamak

    ReplyDelete
  3. eh2~~!!/.... pi kl awat x singgah umah...hahha

    ReplyDelete