image Mengucap - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 7 July 2011

# Short Story

Mengucap


Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

MORAL:
Biasakan mengucap dua kalimah syahadah

sumber : emel

13 comments:

  1. ayoo akak..suspen betoi laa..huhu...tapi satu pengajaran yang baik walaupun kisah lawak..hehe

    ReplyDelete
  2. haha.. terbayang muka c menantu sebut 'ma rabbuka' dengan suara yang kuat..haha..mesti dgn penuh bhemah dan konfiden ;p nice entry

    ReplyDelete
  3. Salam, mia. Kalau dah gabra macam2 boleh berlaku.....:D

    ReplyDelete
  4. hidup mesti sentiasa ingat Allah n mati...

    ReplyDelete
  5. Hi Very funny post...

    ReplyDelete
  6. adehh... dalam kelakar ada makna tersirat tu :)

    ReplyDelete
  7. tu lah.. bila dah sibuk. kadang kita alpa.. tapi bila dah emergency, time tu lah panik, kadang baca pun boleh tersalah.

    pengajaran dan renungan buat kita semua..

    ReplyDelete