image Latihan Menari Poco-Poco - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 8 July 2011

# Work Matters

Latihan Menari Poco-Poco


Petang tadi, Mia sertai latihan menari poco-poco di pejabat. Lokasinya di ruang legar Bahagian Pemasaran dan Promosi. Semalam, bila dengar sahaja, ada latihan hari Jumaat petang, sukanya. Yang ajar pula rakan sepejabat yang baru balik dari Induksi Umum di Institut Latihan FAMA, Port Dickson. Tak sangka untuk aktiviti riadah, mereka telah diajar menari poco-poco di sana. 

Fauzan yang mengetuai sesi latihan pertama ini, alhamdulillah ramai juga yang sudi hendak belajar menari poco-poco. Mula-mula memang susah sedikit, sebab langkah kaki yang ke depan kebelakang ke kiri dan ke kanan.  Lama-lama... Mia dah boleh ikut stepnya mengikut rentak. Selepas dah pandai step kaki, mulalah gayakan dengan lenggang dan lenggok tangan. Kadang-kadang bila tersalah step boleh juga berlaga dengan rakan lain.

Apa-apa pun memang seronok belajar benda baru. Berpeluh-peluh lah juga. Latihan hanya untuk satu jam sahaja. Tapi dah rasa macam penat sangat.

Jom tengok kami menari poco-poco. zasssss..







p/s: tarian juga merupakan senaman yang baik untuk kesihatan kita. Sihat dan cergas!

18 comments:

  1. wah bestnya. tak pernah pun try poco poco ni sebenarnya. tapi suka tengok orang menari. macam best ;)

    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    ReplyDelete
  2. KPAH selalu buat poco2 ni kat kelas aerobic...bukan setakat poco2..segala jenis tarian ada...dan cikgu yg mengajar kami kat gim tu..dah umur 54 tahun..perghhh...badan mantain..stamina pulak mengalahkan org muda...

    ReplyDelete
  3. teringin nak tengok poco-poco, Dulu tyme kt sabah, selalu jer ada poco-poco.

    ReplyDelete
  4. boleh ke kita menari poco-poco.. isu tu dah bersih ke..?

    ReplyDelete
  5. HAAA NYESAL TAK JOIN POCO-POCO.. buzy masa tu...

    ReplyDelete
  6. @puanbee tu lah.. takleh nak berangan... terberangan jap je, terus tersalah step.. dan berlaga dengan kawan

    ReplyDelete
  7. @kpah k-poh uiii dahsyatnya... entah macamana lah mia nanti masa tua.. boleh lagi ke tak ni...

    ReplyDelete
  8. @shameel Iskandar tengok kat youtube pun boleh.. banyak video kat sana..

    ReplyDelete
  9. @Muaz Faris yang ini.. akak tak masuk campur... hehehe.. tapi joget tetap joget...

    ReplyDelete
  10. @kutoOobambOo / ericoanaci tu lah... takpe.. lain kali join ya... nanti leh masuk blog akak..

    ReplyDelete