image Status Terkini Logo MRT Mia - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 30 July 2011

# MRT Logo Contest

Status Terkini Logo MRT Mia


Pagi ini, dan setakat ini logo Mia ini telah mendapat 288 undian. Kedudukan yang tidak begitu stabil kerana persaingan yang terlalu hebat. Mia memang amat memerlukan sokongan dan pertolongan kawan-kawan semua untuk mengundi logo ini.

Kali ini Mia tidak dapat kempen sakan seperti DiGi WWWOW Awards sebelum ini, memandangkan Mia terikat dengan aktiviti belajar dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester Mei bermula pada 8 Ogos 2011.

Terima kasih kepada Kak Pah yang sudi tolong promosikan logo ini di dalam blog dan juga Feroz yang banyak membantu mendapatkan undian untuk logo ini. Jasamu akan dikenang... Kalau perlukan bantuan di masa akan datang, beritahu je.. nanti Mia akan tolong sedaya upaya.

Kepada yang telah mengundi, Mia ucapkan ribuan terima kasih dan kepada yang belum mengundi sudi-sudikanlah diri tu, untuk mengundi logo Mia ini. 

p/s: Kedudukan logo sentiasa berubah ke page yang lebih besar... memandangkan sepanjang masa ada penyertaan logo baru.. dan page agak lambat sedikit loading. Diharap pengundi dapat bersabar....

No comments:

Post a Comment