image Kacang Kuda Rebus - Mia Liana

Sunday, 3 July 2011

# Dari Dapur Mia

Kacang Kuda Rebus

Memanglah kalau dah namanya hujung minggu, mestilah nak tengok cerita movie kat televisyen. Dah macam tengok wayang di rumah sendiri. Movie yang di download selalunya suami Mia akan burn dalam dvd dulu sebelum dimainkan dengan DVD Player. Maka, kalau tak pekena kacang kuda rebus memang tak sah.. memang sedap dimakan waktu panas...

Tak susah nak sediakan kacang kuda rebus. Beli di kedai kacang kuda dalam RM4.00. Lepas itu direndam lama dalam air lebih kurang 5-6 jam. Kemudian rebus di dalam periuk. Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak masin, tambahlah garam lagi. Mudah sahaja bukan? Jom lah cuba...









p/s: seolah-olah macam tengok wayang sambil makan pop corn... tapi yang ni kacang kuda rebus... sedap...

20 comments:

  1. makan kacang kuda rebus lagi sedap mia!hehehe....

    ReplyDelete
  2. teringat plak dulu2 lepas sekolah...mesti beli kacang kuda bersalut gula kat india yg duk jual bawak motor...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer..lama tak makan :)

    jom ramai2 letak nizam ijam dalam bloglist :)
    nizamijam.com mula beroperasi..

    ReplyDelete
  4. baru tau ada nama makanan kacang kuda rebus..
    oke juga...!

    ReplyDelete
  5. huhu...
    kalo layan movie tanpa makanan ringan memang xde feeling ;)

    ReplyDelete
  6. pekerja Indon yg bekerja sekali dgn kpah..tertukar antara kacang hazel dan kacang kuda...

    ReplyDelete
  7. selalu saya pergi beli kat pasar malam..hehehe

    ReplyDelete
  8. @khairul kuaci memang sedap.. tapi kak mia tak berapa minat..

    ReplyDelete
  9. @Mama Gee wahhh.. kenangan silam menusuk kalbu...

    ReplyDelete
  10. @hdesign heheh sekarang ni jarang ada kat pasar malam.. paling best masak sendiri..

    ReplyDelete
  11. @kyo_9 tu la pasal... feeling penting.. kalau tak.. takde penghayatan..

    ReplyDelete
  12. @nabilfahmi tu lah.. kadang ada.. kadang takde kat pasar malam...

    kalau dulu selalu ada..

    ReplyDelete
  13. cik kak.., nak tanya soalan :

    1) tanda2 selesai dari rendaman tu mcm mana kita nk tahu? maksud saya adakah setelah kita tgk kulit kacang tu menggelupas dulu? ataupun bila dah 5 jam memang pasti cukup utk rendaman. TQ

    ReplyDelete
  14. @kopiahijau sebenarnya lebih elok rendam 10-12 jam dalam air kerana kacang kuda akan lebih lembut.

    yang mia buat 5-6 jam tu sebab nak cepat. tapi tak lembut sangat masa tu.

    jawapan : kacang kuda yang direndam akan kembang dan lembut serta warna air rendaman akan menjadi keruh. Tidak perlu kopek kulitnya. boleh dimakan terus bila sudah direbus.

    ReplyDelete