image Bila Ada Gempa Bumi Di Pejabat... Gegar Sana.. Gegar Sini... - Mia Liana

Friday, 22 July 2011

# Work Matters

Bila Ada Gempa Bumi Di Pejabat... Gegar Sana.. Gegar Sini...

Dah 2 minggu gempa bumi berlaku di pejabat Mia. Bayangkan keadaan kami yang buat kerja ni terganggu secara fizikal dan mental. Mula-mula masa gempa ini berlaku, susah juga nak terima kenyataan. Apa tidaknya... terasa betul kuat gegarannya. Macam cerita Jurassic Park tu, bila T-Rex ada, air di gelas pun gegar.

Bila bercakap dalam telefon memang terpaksa tutup sebelah telinga. Bila rasa dah tak tahan, terpaksa lah berhenti buat kerja untuk sementara waktu bagi menenangkan jiwa. Mengadap komputer pun gegar juga.... lama-lama pening..

Masuk minggu kedua, Mia rasa macam dah terbiasa sedikit. Selalu bayangkan... tengah buat kerja di tepi pantai ke... dan apa-apa yang indah untuk menipu. Kesian otak, kena tipu tiap-tiap hari. Kata orang, sudah tiada perasaan.

Jom tengok keadaan pejabat yang sedang construction ini. zasss..








Banyak betul palang besi ini yang nak ditanam. Tak tahu lah sampai bila ada gempa ni... Redha dan tawakal sahaja lah.

p/s: nasib baik minggu depan outstation ke Kuala Lumpur selama 2 hari. Selamat sekejap dari kena gempa ini...

7 comments:

  1. Yeah. memang tension sangat2 kalau buat kerja sambil dengar bunyi binaan tuu.. HUHU

    MySuaraBlog: Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?

    ReplyDelete
  2. oh gegaran sebab tuh. mmg pun leh sakit kepala kalau hari2 ada gegaran tu

    ReplyDelete
  3. ingatkan gempa bumi betul-betullah tadi. huhuh

    ReplyDelete
  4. terima kasih sudi komen di entri ini...

    nak buat macamana.. terpaksa hadapinya jugak... balik rumah pun kadang-kadang terasa gegaran juga...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..blogwalking sini..terima kasih kerana sangat rajin BW kat blog saya..Anyway, nak mintak tolong promote event ni boleh tak? Jasamu amat dihargai. https://www.facebook.com/event.php?eid=159413157464980

    ReplyDelete
  6. @Acap Razak waalaikumussalam... sama2.. boleh kalau nak promote di sini. mia tiada halangan...

    ReplyDelete