image Bengkel Kesedaran Dan Pemantapan Laman Web / Portal MPS - Hari Kedua - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 27 July 2011

# Work Matters

Bengkel Kesedaran Dan Pemantapan Laman Web / Portal MPS - Hari Kedua


Pada hari kedua pula (26 Julai 2011), kami belajar di dalam makmal A tingkat 15. Memang kali ini tidak mengantuk sebab dapat buat latihan praktikal bersama tenaga pengajar. Banyak perkara baru yang kami pelajari dan ini amat membantu dari segi pengemaskinian laman web agensi masing-masing.

Kalau terleka sekejap, boleh tertinggal memandangkan banyak topik yang perlu disentuh. Sakit juga lah kepala sebab banyak sangat input dalam masa singkat.

Apa-apa pun satu pengalaman yang berharga dengan mempelajari 3 jenis sistem yang digunakan oleh SKALI dalam menguruskan laman web agensi kerajaan. Syabas diucapkan...

Jom tengok kami belajar dalam makmal komputer. zass...





p/s: habis sahaja, cepat-cepat balik Johor Bahru. Rasa macam dah lama tinggalkan rumah. Rindu kat suami dan Sofea.

2 comments:

  1. Salam, mia.

    Sibuk macam mana pun, hati tetap pada suami dan sofea kan, hehe... Tahniah, mia.....:)

    ReplyDelete
  2. @Kak Imun terima kasih.. kak imun... 3 hari tu pun dah terasa lamanya...

    ReplyDelete