Tentu ramai telah sedia maklum, siapakah pemenang DiGi WWWOW Awards 2012 yang berjaya pada malam tadi. Terima kasih kepada beberapa blogger yang begitu prihatin pada Mia dan update status event malam tadi melalui sms. Malam tadi katanya 80% yang datang adalah dipelopori oleh kaum cha ya nun alif.

Teman baik Mia, Mak Dara telah pun update senarai nama pemenang di blognya, jemput tengok di SINI.  Rentetan daripada entri tersebut, Mia pun buatlah entri ini. Nak komen kat sana, macam tak muat pula.

Perasan tak? Yang menang tu sapa? cha ya nun alif. Yang menang kategori blogger of the year pun Mia tak kenal. Entah siapa entah. Ramai blogger melayu yang betul-betul promote, tetapi blogger cha ya nun alif lenggang kangkung, terus dapat. Senang kan? Lain kali letaklah syarat penyertaan tu, cha ya nun alif. Untunglah penganjur kontest ini, dapat marketing dan advertising free daripada blogger-blogger melayu. Bagaimana judges mengadili pun tak tahu. Adakah judges dibayar oleh sponsor? Top 5 blogger of the year semuanya cha ya nun alif. Blogger famous Ben Ashaari  dan Elia Si Jejari Runcing yang berada di Top 10 yang trafik beribu-riban pun tak dapat. Di mana ketelusannya? Di mana keadilan? Nak komplen pun tak guna. Makin banyak sponsor, makin merepek dan merapu.

Sehingga semalam, website wwwow pun tiada update tentang siapakah yang berada di top 10 dan di top 5. Seolah-olah mahu menyembunyikan perkara ini daripada luar. Sedangkan kontest ini melibatkan ramai pengguna internet. Tentulah mereka tertanya-tanya... siapa...siapa... siapa... 

Voting hanyalah sebagai sandaran untuk kontest ini mendapat sambutan daripada ramai pihak... Apa yang dikata tidak dikota. Sekejap cakap itu dan sekejap cakap ini. 

Tahniah kepada teman seperjuangan, Hazman yang telah mendapat People Choice of The Year Award. (paling banyak undian untuk semua kategori). Itupun dia dah ada rancangan lain untuk hari semalam. Tup-tup dapat emel jemputan pada 8 Jun 2012 (sehari sebelum) untuk hadir ke event malam tadi.  Terpaksalah dia cancel rancangannya.

Masing-masing punyai akal dan boleh berfikir secara waras. Renung-renungkan. People will respect you, when you respect people.... ucapkan selamat tinggal kepada DiGi WWWOW Awards...

p/s: Mia salah seorang daripada Top 10 dan berhak untuk menyuarakan perkara yang sebenar dan realiti apa yang berlaku... Jemput tengok entri sebelum ini di SINI.