Result Semester Januari 2011


Result semester lepas, tidak berapa baik. Mia dah cuba sedaya upaya untuk belajar dengan tekun. Mia nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua tutor yang mengajar Mia.

Web programming memang susah sangat soalannya. Mia memang hafal syntax beberapa languages dan alhamdulillah lega betul bila dapat A. Rasa berbaloi sangat belajar teruk-teruk untuk subjek ini.

Visual programming dapat B. Peliknya sebab soalannya banyak straight forward. Mia target A untuk subjek ini. Susah hati betul macam mana boleh dapat B, sedangkan Mia rasa Mia dah jawab yang terbaik dan dah semak 2 kali jawapan dalam paper tu. Selama belajar di OUM ini, semua subjek programming dapat A. 

Agak frust kali ini, dan Mia dah buat rayuan semula untuk semak gred subjek ini. Nak tahu kenapa? Dulu pernah ada 1 subjek Mia dapat B, sedangkan Mia memang confident dapat A. Rupanya selepas disemak semula memang betul Mia dapat A dan pihak OUM telah meminta maaf di atas kesulitan yang dihadapi disebabkan kesilapan teknikal. Mia rasa mana-mana universiti pun sama juga. Biasalah kadang-kadang human error boleh berlaku. Tungggu dan lihat je nanti. Harap-harap taklah teruk sangat keputusannya. Kalau teruk (mungkin Mia tersalah faham soalan), memang Mia nak repeat balik exam final. Kalau tak repeat, sayang betul sebab assignment dapat full mark untuk subjek ini.

Subjek Multimedia pula Mia dapat B+. Mia rasa lega juga sebab Mia banyak melukis diagram untuk menjawab soalan. Ada jawapan yang Mia ragu-ragu. Yang penting jawab semua.

Secara keseluruhannya CGPA Mia jatuh sedikit daripada 3.80 semester sebelumnya kepada 3.75. Mia doa sangat agar dapat graduate dengan CGPA tidak kurang daripada 3.70.

p/s: ada lagi beberapa subjek sebelum habis belajar...

Post a Comment

8 Comments