image Respon Daripada Rakan-Rakan Facebook Tentang DiGi WWWOW Awards 2012 - Mia Liana

Wednesday, 13 June 2012

# DiGi WWWOW Awards

Respon Daripada Rakan-Rakan Facebook Tentang DiGi WWWOW Awards 2012

Sebagai menghargai jasa rakan-rakan facebook yang mengundi Mialiana.com, Mia printscreen kan segala respon yang diberikan untuk tatapan semua semasa Mia uploadkan emel daripada DiGi. Terima kasih kerana menyokong dan memberikan galakan kepada Mia.

Sila klik pada gambar untuk besarkan...

1) Semasa Mia terima emel yang Mia tidak berjaya ke Top 5.







2) Semasa Mia terima emel daripada DiGi untuk diberikan sijil penghargaan untuk Top 10 Finalis. (Mia belum lagi maklumkan dalam blog sebelum ini dan emel ini Mia abaikan)




Kenapa terlalu ramai mempertikaikannya? Kerana apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan dan ianya TIDAK BETUL. Bukan Mia seorang sahaja yang lalui, blogger-blogger lain pun turut kena juga tempiasnya. Malah para pengundi pun nampak begitu tidak puas hati, mereka juga terkilan, seolah-olah dipermainkan. Memanglah buat undian itu sekejap tetapi masa dan komitmen yang diberikan setiap hari itulah, terasa seperti sia-sia.

Kepada semua pengundi mialiana.com, Mia nak ucapkan terima kasih tidak terhingga, dan Mia nak minta maaf sekiranya anda semua tidak puas hati dengan sikap penganjur. Begitu juga dengan semua peserta dan sponsor kempen Mia. Dah adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Jangan serik untuk bertandang ke blog ini....

p/s: Yang pastinya, entri ini akan dapat mengingatkan kita di kemudian hari sekiranya kita terlupa... berani kerana benar, takut kerana salah....

8 comments: