Memanglah kalau dah namanya hujung minggu, mestilah nak tengok cerita movie kat televisyen. Dah macam tengok wayang di rumah sendiri. Movie yang di download selalunya suami Mia akan burn dalam dvd dulu sebelum dimainkan dengan DVD Player. Maka, kalau tak pekena kacang kuda rebus memang tak sah.. memang sedap dimakan waktu panas...

Tak susah nak sediakan kacang kuda rebus. Beli di kedai kacang kuda dalam RM4.00. Lepas itu direndam lama dalam air lebih kurang 5-6 jam. Kemudian rebus di dalam periuk. Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak masin, tambahlah garam lagi. Mudah sahaja bukan? Jom lah cuba...









p/s: seolah-olah macam tengok wayang sambil makan pop corn... tapi yang ni kacang kuda rebus... sedap...